Untuk mengekalkan dan konsisten dengan sesuatu yang telah dicipta adalah tidak mudah. Namun bagi jenama terkenal HAUSBOOM, percubaan untuk menghidupkan sebuah pesta yang diberi nama Hausboom Music sejak 6 tahun lalu ternyata berjaya. Read more →
Tag: JOE FLIZZOW
(HIBURAN) SNOOP DOGG MEMPERSEMBAHKAN: ALGORITHM (GLOBAL EDITION), MENAMPILKAN JOE FLIZZOW DALAM LAGU “ALRIGHT” BERSAMA METHOD MAN, REDMAN DAN NEFERTITTI AVANI, KINI DI VIA DEF JAM RECORDINGS
(HIBURAN) ENERGI BERBEZA SUNTIK AURA LUAR BIASA DALAM ADUNAN SEMULA ‘ORANG LAIN’
Kuala Lumpur, 21 Julai 2021 – Baharu saja dilancarkan, lagu Orang Lain nyanyian Ariel Nayaka atau A. Nayaka, SonaOne, dah YHB Sleepsalot meraih sambutan luar biasa di pelbagai platform penstriman muzik dan media sosial termasuk Freestyle Challenge Orang Lain di TikTok yang turut menjadi tular. Read more →
(HIBURAN) Joe Flizzow Turun Padang dengan Single Penuh Wawasan,”CIAO”, Menampilkan MK & Jay Park”
“Kita perlukan lagu antem untuk kehidupan seharian kita, ia sudah lama tidak kita miliki. This is the one“- Jika anda Joe Flizzow, setiap lagu adalah manifesto, totem kepada monumen. Joe Flizzow tidak pernah berhenti selepas mencapai kejayaan. Sepanjang tahun yang dilalui di takhta hip-hop Asia Tenggara, Joe telah gunakan untuk mempertajam naluri, pemikiran dan pena. Jadi ketika dia kembali ‘menyerang’, kesannya bergema dan taruhannya, tinggi, amat tinggi. Muncul “CIAO”, lagu pertamanya untuk tahun 2021 dan single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia. Memanfaatkan makna perkataan bahasa Itali itu – “hello” dan “selamat tinggal” – Joe menggabungkan dua suara berwawasan lain dalam permaidani hip-hop Asia, MK dari Malaysia dan Jay Park dari Korea Selatan, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bencana di tahun 2020 dan bagi mengalukan permulaan baru 2021, dan meraikan semangat ‘hustle’ yang menggerakkan kehidupan seharian kita. Read more →
(HIBURAN) JOE FLIZZOW BIKIN VIDEO MUZIK DENGAN MK DAN JAY PARK?
Penyanyi Rap No. 1 Malaysia, Joe Flizzow hari ini memuat naik video-video pendek dalam story Instagram miliknya dengan memaparkan sekumpulan tenaga kerja produksi sedang bersiap untuk penggambaran. Menariknya di sebalik rakaman-rakaman pendek tersebut beliau turut memaparkan latar beberapa jentera mewah ‘supercar’ berkilat disinari lampu neon. Berbusana serba hitam dengan gaya ikonik rap tahun 90-an, Joe tampak cukup bergaya mengenakan but kuning Timberland dan pelitup kepala putih ‘durag’, macam gaya dulu-dulu! Read more →