(HIBURAN) 35 PENGHIBUR GEGAR KONSERT HAUSBOOM MUSIC 2023 DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG

Spread the love

 

Untuk mengekalkan dan konsisten dengan sesuatu yang telah dicipta adalah tidak mudah. Namun bagi jenama terkenal HAUSBOOM, percubaan untuk menghidupkan sebuah pesta yang diberi nama Hausboom Music sejak 6 tahun lalu ternyata berjaya.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018, konsert Hausboom Music 2023 bakal berlangsung buat kali ketiga dengan sebuah konsep yang lebih hebat dan dibarisi penghibur serta pemuzik yang lebih mantap.

Bukan ‘kaleng-kaleng, konsert Hausboom Music 2023 akan dibarisi sebanyak 35 penghibur daripada pelbagai genre dengan satu misi iaitu untuk memberi hiburan maksimum dan berkualiti kepada pengunjung.

Melihat barisan penghibur dan para pemuzik yang terlibat, pastinya semua peminat tidak mahu melepaskan peluang untuk ikut serta berpesta di konsert Hausboom Music 2023 yang dijadual berlangsung pada 9 dan 10 September 2023.

Barisan penghibur yang bakal menggegarkan pentas konsert Hausboom Music 2023 adalah legenda seperti kumpulan Search, Ratu Rock Ella, Maestro Datuk M. Nasir diikuti The President Joe Flizzow, Hujan, Exists, Spider, Bunkface dan SonaOne.

Nama-nama seperti SOG, Masdo, Alif Satar & The Locos, Dolla, Baby Shima, Iamneeta, Toko Kilat, 53 STU, Salam Muzik, Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Insomniacks, Midnight Fusic, Gerhana Ska Cinta dan Grey Sky Morning pula terus menambah hype konsert ini.

Selain itu, pemuzik dari Indonesia, Hyndia akan menjadi wakil dari republik tersebut manakala Alyph & Akeem Jahat, dua nama kelahiran Singapura yang tidak asing dalam genre hip hop bakal beraksi juga di konsert Hausboom Music 2023.

Tidak dilupakan ikut serta dalam konsert Hausboom Music ini adalah Naratu, No Good, Orkes Hizaidin, Chronicalz, Shila Amzah, Forceparkbois, Luqman Podolski dan GARD WUZGUT akan menarik penonton tersendiri.

“Kami di Hausboom berbangga dan bersyukur kerana konsert Hausboom Music yang diperkenalkan buat pertama kali pada 2018 kini memasuki siri yang ketiga untuk tahun ini.

“Apa lagi Hausboom Music memang popular dan terkenal sebagai pelopor yang menggabungkan variasi genre seperti Rock, Dangdut, R&B, Hip-Hop misalnya dalam sebuah penganjuran konsert.

“Lebih mengujakan, penganjuran kali ini membabitkan barisan penghibur yang lebih besdan datang bukan sahaja daripada Malaysia tetapi negara jiran kita Singapura serta Indonesia.

“Dengan menghimpunkan 35 penghibur berbeza latar muzik di dalam sebuah acara, objektif utama Hausboom adalah untuk terus menghidupkan dan menyemarakkan ekonomi industri hiburan negara.

“Pada masa yang sama, Hausboom ingin terus meraikan dan menyokong pemuzik lokal untuk terus aktif serta memberi peminat hiburan yang berkualiti, terbaik serta berbaloi buat semua dengan kehadiran penghibur daripada Indonesia dan Singapura juga,” ujar Azri Zahier Azmi yang juga dikenali sebagai “John Lemon” yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom.

Penganjuran konsert kali ketiga ini merupakan kolaborasi bersama AFFIN dan konsert Hausboom Music 2023 ini juga bakal melakar sejarah sebagai konsert lokal terbesar yang pernah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC – Sepang International Circuit).

“Dengan barisan 35 pemuzik dan pemilihan SIC sebagai lokasi kami mensasarkan menarik sekitar 15,000 penonton hadir pada dua hari penganjuran konsert iaitu 9 dan 10 September 2023.

“Dan kami yakin harga tiket yang dikenakan kepada semua pengunjung adalah berbaloi,” tambah Azri.

Apa yang lebih menarik mengenai pengajuran konsert pada kali ini, Hausboom juga telah mengeluarkan 200,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023. Bukan sahaja itu, setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR dimana setiap pembeli yang mengimbas kod tersebut berpeluang untuk memenangi:

  1. Tiket- tiket VVIP yang berjumlah RM1,200 untuk sekeping tiket
  2. Barangan rasmi konsert Hausboom Music 2023
  3. Potongan harga bagi pembelian tiket “General” konsert Hausboom Music 2023

Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023 ini boleh didapati di kedai rangkaian terkemuka iaitu 7 Eleven Malaysia, stesen minyak di seluruh Malaysia- Petronas, Shell, Petron, dan pasaraya besar seperti Aeon, Aeon Big dan kedai- kedai lain yang turut serta.

Tiket-tiket dengan harga RM199 (General), RM 359 (Rockzone) dan RM1200 (VVIP) sudah mula dijual sejak 25 Mei lalu.

Pembelian tiket boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu melalui:

  1. Ticket2u.com

(https://www.ticket2u.com.my/event/29996/hausboom-music-2023).

  1. Laman web rasmi Hausboom bagi pembelian tiket secara ansuran

(https://shop.hausboom.com)

Atau peroleh lebih informasi mengenai konsert Hausboom Music 2023 menerusi tandapagar: #hausboommusic23

INFORMASI

ACARA: Konsert Hausboom Music 2023

LOKASI: Litar Antarabangsa Sepang (SIC – Sepang International Circuit)

TARIKH: 9 & 10 September 2023

HARGA TIKET: RM 199 (General), RM 359 (Rockzone), RM 1,200 (VVIP)

CARA PEMBELIAN:

  1. Ticket2u.com

(https://www.ticket2u.com.my/event/29996/hausboom-music-2023).

  1. Laman web rasmi Hausboom bagi pembelian tiket secara ansuran

(https://shop.hausboom.com)

RAKAN KOLABORASI: Affin

BARISAN ARTIS:

  1. 53 STU
  2. AKEEM JAHAT
  3. ALIF SATAR & THE LOCOS
  4. ALYPH
  5. BABY SHIMA
  6. BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG
  7. BUNKFACE
  8. CHRONICALZ
  9. DATO’ M.NASIR
  10. DOLLA
  11. ELLA
  12. EXIST
  13. FORCEPARKBOIS
  14. GARD WUZGUT
  15. GERHANA SKA CINTA
  16. GREY SKY MORNING
  17. HUJAN
  18. HYNDIA
  19. IAMNEETA
  20. INSOMNIACKS
  21. IQBAL M.
  22. LUQMAN PODOLSK
  23. MASDO
  24. MIDNIGHT FUSIC
  25. NARATU
  26. NO GOOD
  27. ORKES A HIZAIDIN
  28. SALAM MUSIK
  29. SOG
  30. SONAONE
  31. SPIDER
  32. TOKO KILAT
  33. SHILA AMZAH
  34. SEARCH
  35. JOE FLIZZOW

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *