Tag: KEMPEN. “KAMI TEAM MALAYSIA”

(SUKAN) PELANCARAN KEMPEN “KAMI TEAM MALAYSIA”

Sempena Piala Suzuki AFF yang bakal berlangsung bermula 24 November hingga 23 Disember ini di Kuala Lumpur dan Bangkok, TV3 dengan kerjasama TM bakal mendukung sebuah kempen diberi nama “Kami Team Malaysia” bagi menyokong pasukan kebangsaan mempertahankan kejuaraan yang dirangkul dua tahun lalu. Kempen “Kami Team Malaysia” telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato’ Razali Haji Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. Read more →