Tag: Kemuncak

(SUKAN) PRUDENTIAL ASTRO MASTERS 2014 KEMBALI DENGAN KEMUNCAK PUSINGAN GRAND FINAL DI HO CHI MINH

PAM2014_3

Prudential Astro Masters 2014 selaku kejohanan golf amatur terbesar dan paling berprestij di Malaysia kembali untuk tahun ke-17 penganjurannya lantas terus membuka peluang buat para pemain golf Malaysia menguji kemahiran mereka di pelbagai lapangan golf terbaik negara. Kejohanan golf yang berlangsung sepanjang lima bulan ini akan membawa peserta pusingan Grand Final berentap merebut kejuaraan di dua lapangan golf terindah dan diiktiraf di Ho Chi Minh, Vietnam. Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Album ” Bingkisan Aidilfitri ” & Kemuncak Festival Ramadan 2013

IMG_8631crop

4 Ogos 2013 – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) dengan kerjasama Universal Music hari ini melancarkan album ”Bingkisan Aidilfitri” yang menghimpunkan 15 lagu raya baru bagi meraikan kedatangan Syawal tahun ini. Pelancaran album itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng dan turut hadir ialah wakil Universal Music Malaysia, Kamaluddin Mohd Kassim. Ketua Pengarah JKNN Datuk Norliza Rofli berkata penerbitan album itu adalah untuk memperkayakan koleksi lagu raya yang diharap berupaya menjadi lagu raya sepanjang zaman seperti lagu dendangan penyanyi Tan Sri P. Ramlee, Saloma dan Sudirman yang wajib didengar setiap kali raya. “Lagu raya lama menjadi satu kewajipan bagaimanapun kami tidak menyerah kalah dan berharap lagu daripada album ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat ekoran kekuatan susunan melodi, muzik yang segar dan lirik yang mudah. “Genre yang ada dalam album ini juga mengandungi  joget, pop, rock alternatif, r&b, kontemporari dan sesetengah lagu mengingatkan kita kepada era 70-an dan 80-an kerana gaya penciptaan komposer yang lahir pada era itu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran album itu di Dewan Bandaraya di sini hari ini. Read more →