Tag: Kisah benar di Studio Jalan Ampas yang belum pernah dikongsikan

(HIBURAN) Nafalia Corporation mempersembahkan Filem Showtime 1958 – Kisah benar di Studio Jalan Ampas yang belum pernah dikongsikan

Suatu ketika dahulu Singapura merupakan sebuah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif dan kemasukkan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi. Kisah perit perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul ‘Showtime 1958’. Diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem ‘Showtime 1958’ adalah sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem ini. Read more →