Tag: KOREA

(HIBURAN) “Around The World” bersama Mizz Nina

IMG_9779

KUALA LUMPUR  :  17 April  –  Mizz Nina akan mengadakan konsert pertama beliau iaitu  ‘Around The World Concert’ pada 18 Mei 2013 bertempat di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur. Konsert yang berdurasi selama 1 jam ini bakal digegarkan dengan penampilan istimewa penyanyi Korea, Jay Park.  Mizz Nina yang telah melakukan kolaborasi dengan penyanyi Korea, Jay Park dalam single terbarunya, Around The World itu bakal menampilkan penyanyi tersebut dalam konsert pertamanya dan ia disahkan sendiri oleh Mizz Nina semasa sidang media pada hari ini. Read more →

(HIBURAN) DRAMA KOREA TERBARU STILL, MARRY ME CUIT HATI PENONTON ntv7

Still Marry Me 1

Konflik kerjaya dan sindrom cinta wanita berusia!

Bila nak kahwin? Itulah antara soalan cliché yang kalau boleh enggan anda dengari tatkala masih belum menamatkan zaman bujang walaupun usia semakin meningkat. Bukan mudah menemui pasangan hidup apatah lagi jika anda seorang wanita berkerjaya dan digelar golongan gila kerja atau ‘workaholic’. Adakalanya dalam mengejar cita-cita, pangkat mahupun harta mungkin ada yang terlupa yang mereka juga memerlukan pasangan hidup. Lebih runsing apabila bermacam-macam pula cabaran yang terpaksa ditempuhi. Dilema wanita moden inilah yang bakal diketengahkan dalam sebuah drama bersiri Korea terbaru berjudul Still, Marry Me yang bakal menemui penonton buat pertama kalinya di Malaysia bermula 1 Februari pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari selama sejam di ntv7. Read more →