Tag: Drama

(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan

Adnan Sempit SawadikapGMO

MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta.  Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →

(HIBURAN) Drama ‘Anissa Dan Anissa’ Hiasi Slot Sinetron TV3!!

Anissa Dan Anissa (5)

Dugaan dalam hidup ini tidak akan terhenti selagi kita bernama manusia. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupan buat seseorang. Itulah yang dilalui oleh Anissa di mana dia dikhianati sahabatnya sendiri, Soraya kerana Soraya begitu mendambakan cinta suaminya iaitu Pramana. Kehidupan Anissa berubah sekelip mata apabila dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang dirancang oleh Soraya. Mampukah Anissa mengembalikan kebahagiaan yang dinikmatinya sebelum ini setelah semuanya dirampas oleh Soraya? Read more →

(HIBURAN) Romi Cinta Julia – ‘CINTA PERTAMA TIDAK SEMESTINYA YANG TERINDAH’

Romi Cinta Julia (8)cropgmodrama

Menyusul selepas drama siri ‘Ku Cinta Kau Seorang’ di slot Lestary, sebuah lagi drama rantaian 13 episod berjudul ‘Romi Cinta Julia’ terbitan produksi Creative Skill Solution menampilkan gandingan pelakon-pelakon berbakat iaitu Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa, Aidil Aziz, Aida Aris, Esma Daniel, Leez Rosli dan ramai lagi. ‘Romi Cinta Julia’ merupakan hasil garapan sutradara, Kas Roshan bersama penulis skrip, Nieza Nahar. Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)

IMG_5759crop

Festival drama pertama dan terbesar di Malaysia telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan buat julung kalinya, anjuran TV3 dan TV9 telah menobatkan drama ‘Love You Mr. Arrogant’ sebagai pemenang pilihan peminat bagi kategori utama iaitu kategori ‘drama pilihan’ disamping turut sama menyapu bersih  dua anugerah lain iaitu Hero & Heroin Pilihan dan Pelakon Lelaki Pilihan. Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) telah dihoskan oleh dua pengacara baru iaitu Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz serta disiarkan secara langsung didua saluran media prima TV3 dan TV9. Read more →

(HIBURAN) Drama Hit Amerika – The Neighbors di NTV7

 image001

Dalam dunia serba moden kini, kehidupan bermasyarakat semakin kian pudar. Tidak hairan jika jiran sebelah menyebelah saling tidak mengenali atau bertegur sapa di antara satu sama lain. Malah asal-usul, nama dan status sebenar jiran anda sesuatu yang anda tidah pernah ambil kisah. Oleh kerana itu jugalah anda tidak boleh menolak bahawa jangan-jangan anda berjiran dengan makhluk asing. Inilah idea yang dibawa ke kaca televisyen oleh pengarah terkenal, penerbit dan juga penulis skrip lakon layar, Dan Fogelman – yang juga merupakan insan penting di sebalik penghasilan filem seperti Cars, Tangled dan Crazy, stupid Love yang kini membawakan sebuah sitkom komedi hebat dengan konsep menarik, “The Neighbors”,  yang telah menjadi siri hit dengan pantas . Read more →