Tag: KOREA

(SEMASA) Bintang Terkemuka Korea Jun Ji Hyun berkongsi rahsia kulitnya yang halus dan bercahaya Dengan Hada Labo Lotion

Hada Labo promotional event to announce South Korean actress, Jun Ji Hyu...

Pelakon terkemuka Korea yang terkenal sebagai wanita  utama dalam drama Korea “My Love from the Star”, Jun Ji Hyun (juga dikenali sebagai Gianna Jun),  duta terbaharu Hada Labo muncul di Shanghai baru-baru ini untuk menghadiri sidang media untuk Hada Labo Lotion. Jun Ji Hyun yang terkenal dengan kecantikan semulajadinya, amat padan dan  sempurna untuk jenama penjagaan kulit Hada Labo yang berpegang teguh kepada falsafah  “Sempurna X Ringkas”. Di dalam sidang media tersebut, Jun Ji Hyun berkongsi rahsia bagaimana untuk  memiliki kulit yang cantik dan sihat. Read more →

(HIBURAN) ANTARA CINTA DAN CITA-CITA DALAM DRAMA BERSIRI KOREA “SUNGKYUNKWAN SCANDAL”

Sungkyunkwan Poster

Berita baik buat peminat drama bersiri Korea di ntv7, sebuah lagi judul baru Sungkyunkwan Scandal bakal menemui mereka bermula 23 Oktober (Rabu) ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari. Lebih mengujakan adalah drama bersiri itu merupakan pertama kalinya bersiaran di saluran tidak berbayar Malaysia dan tetap mengekalkan audio dalam versi Korea. Read more →

(HIBURAN) INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013

INFINITE_2

Kumpulan K-pop Infinite telah mengadakan konsert pertama mereka dalam siri jelajah dunia \’ONE GREAT STEP\’ di Olympic Park Gymnastic Stadium, Songpagu, Seoul. Konsert itu merupakan suatu kejayaan dengan mencatatkan kehadiran 13,000 peminat dari dalam dan luar negara. Infinite memberikan komen bahawa mereka gembira untuk memulakan siri jelajah itu dengan peminat-peminat mereka. Di konsert tersebut, mereka telah mempersembahkan tarian tersendiri mereka dan K-pop ‘ballad’. Mereka telah menghangatkan stadium dengan lagu-lagu hit mereka seperti “Destiny”, “Paradise” dan banyak lagi. Read more →

(HIBURAN) ” AUTUMN DI HATIKU ” DRAMA BERSIRI SULUNG DI WEB TONTON

pr9th1WLGO4WBFtLIHtlQARQbi_rfaBmRMusGbAz0ng

Portal video nombor 1 di Malaysia, Tonton bakal menyiarkan sebuah drama bersiri sulung untuk tontonan secara global. Komedi romantik, AUTUMN DI HATIKU yang diinspirasi daripada fenomena K-Pop bakal ditayangkan bermula Rabu, 3hb Julai 2013 menerusi laman Tonton dengan dengan 3 episod harian bermula seawal 12 tengah hari. Merupakan antara drama bersiri di Tonton paling awal ditayangkan, AUTUMN DI HATIKU diarahkan oleh MJ Woo dan Edmund Yeo menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, pelakon utama Vanila Coklat Aiman Hakim dan ramai lagi. Read more →

(HIBURAN) I MISS YOU PENUH KONFLIK YANG MENDEBARKAN

I Miss You

Drama “I Miss You” menerusi slot Chamsarang TV9 telah mula ditayangkan pada 28 Januari lalu di TV9 bakal menemui pengakhirannya.  Drama yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang Lee-Soo Yeon yang hidup dalam kesuraman semenjak kecil kerana disisihkan masyarakat. Perkenalannya dengan Han Jung-Woo seakan memberi sinar dalam hidupnya tetapi akibat peristiwa hitam ditinggalkan Jung-Woo sewaktu mereka diculik, Soo-Yeon hilang rasa percaya pada Jung-Woo. Pelbagai mainan emosi telah diterapkan di awal siri drama ini membuatkan ramai penonton ternanti-nanti apakah kesudahan drama ini yang dilakonkan oleh Park Yu-Chun, Yun Eun-Hye, Yoo Seung-Ho dan ramai lagi pelakon hebat. Read more →