Tag: Menanti Anda! – Acara utama akan berlangsung pada 8 Oktober 2016 bersempena

(SUKAN) Ikat Tali Kasut Anda – HSN21KM Menanti Anda! – Acara utama akan berlangsung pada 8 Oktober 2016 bersempena Hari Sukan Negara

 HSN21KM - Pix

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2016 – Para pelari berpeluang berlari bersama penggemar sukan larian tempatan dan antarabangsa, meraikan semangat kesukanan dan kegembiraan, pada penganjuran sulung larian HSN21KM yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2016. Larian HSN21KM – acara utama pada sambutan Hari Sukan Negara tahun ini, merupakan satu inisiatif oleh penganjur acara terkemuka, Muse Group Asia, dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Larian tersebut, sejajar dengan matlamat Hari Sukan Negara, bertujuan untuk terus membakar dan mengukuhkan semangat untuk kekal cergas dan sihat di kalangan rakyat Malaysia, di samping menyokong matlamat mewujudkan sebuah negara bersukan. Ini merupakan tahun kedua penganjuran Hari Sukan Negara, selepas sambutan sulungnya pada tahun 2015. Read more →