Tag: Meneruskan usaha membasmi kelaparan dengan Knorr Festival of Flavours

(SEMASA) Meneruskan usaha membasmi kelaparan dengan Knorr Festival of Flavours

Knorr Festival of Flavours

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2015 – Sempena dengan World Food Day, Knorr Festival of Flavours telah berlangsung di Giant Batu Caves untuk mengumpul dana bagi membantu menyediakan makanan bagi mereka yang memerlukan. Usaha ini adalah sebahagian daripada misi untuk membantu menamatkan kebuluran. 100 peratus daripada hasil jualan makanan di festival ini telah disumbangkan kepada Stop Hunger Now Malaysia, sebuah pertubuhan amal bukan keuntungan yang berusaha untuk membasmi kelaparan. Setiap kupon makanan yang dibeli semasa Knorr Festival of Flavours adalah bersamaan dengan 10 hidangan berkhasiat yang akan disumbangkan kepada rakyat Malaysia yang kekurangan makanan dan khasiat. Read more →