Kuala Lumpur, 6 November 2024 – Selepas meraikan sedekad kejayaan rancangan tersebut secara fenomenal pada tahun lepas, rancangan realiti nyanyian nombor satu Astro, ‘Gegar Vaganza’ (GV) kini kembali dengan permulaan baharu dalam musim kesebelasnya. Menggandingkan artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pernah popular, musim ini kembali ke rumpunnya untuk terus menjadi platform yang menggamit semula zaman-zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik, sekaligus mengubati rindu para peminat yang ingin melihat mereka bersinar semula di atas pentas dengan cabaran dan persaingan yang baharu. ‘GV11’ bakal bermula pada 24 November ini, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104). Read more →
Tag: ning baizura\
(HIBURAN) Astro Bawa Kembali Kegemilangan Penyanyi Evergreen dan Suara yang Dilupakan di ‘Gegar Vaganza 11’
(HIBURAN) NING BAIZURA masih menyengat
Seingat penulis, konsert terakhir Ning Baizura secara solo adalah sekitar tahun 2011 yang bertempat di KL Live Centre. Kenapa penulis ingat ?? sebab ketika itu penulis berusaha untuk mendapatkan peluang mengambil foto konsert tersebut tetapi gagal. Dan buat kali keduanya, penulis mendapat jemputan secara rasmi dari pihak pengurusan Konsert Ning Baizura – ‘Konsert Pelangi Untukmu’. Walaupun berlaku sedikit kelewatan akibat beberapa penyelarasan teknikal konsert, rata-rata peminat setia Ning Baizura sekitar 1500 orang yang memenuhi setiap ruang legar dewan TM Convention Centre sabar menunggu. Read more →
(SEMASA) Ning Baizura unveils her first fragrance – NING
Ning Baizura, leading Malaysian multifaceted singer, songwriter, pop, soul and R&B chanteuse unveiled her first fragrance – NING. The fragrance was officially launched by Guest of Honour Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Minister of Tourism and Culture, Malaysia together with Ning Baizura at Tourism Malaysia’s cocktail event at Swiss Watch Gallery’s Art of Time exhibition at Pavilion KL.
Ning’s fragrance launch was apt in celebrating the art and craftsmanship of Ning’s strong and dynamic vocals with the exacting precision of a luxury timepiece. NING is based on the celebrity’s persona which is bold yet sophisticated and elegant yet powerful. Read more →
(HIBURAN) Sidang Media Konsert Ning Baizura ‘Pelangi Untukmu’
Ning Baizura, penyanyi bersuara lantang yang tersohor dan sangat terkenal dengan persembahan pentasnya telah pun bergelar seorang ibu kepada seorang bayi yang teramatlah comel. Ning dikategorikan antara penyanyi pop, soul dan R&B wanita terbaik di tanah air. Beliau telah memenangi hati peminat-peminatnya dengan bukan sekadar bakatnya sahaja, tetapi dengan pesonanya yang menyerlah serta sifat baiknya yang sangat dipandang tinggi. Dengan jumlah peminat melebihi 40,000, Ning sememangnya seorang ikon di Malaysia. Setelah penantian sekian lama, Ning akan kembali beraksi di sebuah konsert eksklusif selama 90 minit yang dijadualkan pada 21 September 2013, bertempat di TM Convention Centre. Read more →




