Tag: NTV7

(HIBURAN) KERENAH DUA IBU MERTUA DALAM ” IN LAWS “

2P8C4814

Masalah campur tangan keluarga dalam rumah tangga pasangan muda

Dalam melayari bahtera perkahwinan semestinya sepasang suami isteri bakal dilanda dengan pelbagai cabaran dan masalah. Apatah lagi jika berkahwin dalam usia mentah. Terbaru, ntv7 membawakan sebuah drama bersiri Cina tempatan berjudul In Laws yang bakal mengetengahkan masalah yang dihadapi pasangan muda akibat campur tangan kedua-dua belah ibu mertua mereka. In Laws yang bakal bersiaran bermula 20 Februari pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 9.30 malam hingga 10.30 malam  pastinya bakal memberikan jalan cerita yang menarik dan lucu buat penonton ntv7. Read more →

(HIBURAN) DRAMA KOREA TERBARU STILL, MARRY ME CUIT HATI PENONTON ntv7

Still Marry Me 1

Konflik kerjaya dan sindrom cinta wanita berusia!

Bila nak kahwin? Itulah antara soalan cliché yang kalau boleh enggan anda dengari tatkala masih belum menamatkan zaman bujang walaupun usia semakin meningkat. Bukan mudah menemui pasangan hidup apatah lagi jika anda seorang wanita berkerjaya dan digelar golongan gila kerja atau ‘workaholic’. Adakalanya dalam mengejar cita-cita, pangkat mahupun harta mungkin ada yang terlupa yang mereka juga memerlukan pasangan hidup. Lebih runsing apabila bermacam-macam pula cabaran yang terpaksa ditempuhi. Dilema wanita moden inilah yang bakal diketengahkan dalam sebuah drama bersiri Korea terbaru berjudul Still, Marry Me yang bakal menemui penonton buat pertama kalinya di Malaysia bermula 1 Februari pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari selama sejam di ntv7. Read more →

(HIBURAN) ntv7 rai kejayaan dalam Asian Television Awards ke 17

Saluran Ceria Anda bawa pulang anugerah Rancangan Realiti Terbaik  dan menerima pujian tertinggi dalam empat pencalonan di Anugerah Televisyen Asia ke 17 Read more →

(HIBURAN) PANIK – Rancangan Realiti Waktu Malam Pertama Di Malaysia

NTV7 memperkenalkan sebuah lagi rancangan realiti berkonsep baru iaitu PANIK. Rancangan permainan TV realiti malam pertama di Malaysia ini telah dirakamkan di beberapa lokasi misteri di mana artis-artis Malaysia yang terpilih menjadi pesertanya. Rancangan sebanyak enam episod itu merupakan sebuah idea baru yang diinspirasikan daripada program Seekers, Ghost Hunters, Fear Factor, Total Black Out dan Estate of Panic. PANIK menampilkan dua kumpulan di mana kumpulan A terdiri daripada Milea Aimilia, Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff manakala kumpulan B dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri. Rancangan yang dihoskan oleh Redzuan Hashim itu akan ditayangkan setiap Rabu bermula 2 Januari 2013 , jam 8.30 malam di ntv7, Saluran Ceria Anda. Read more →