Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini meraikan ulang tahun ke 15-nya di larian amal – Feel Good Run 2013 – yang merupakan kali ketiga dianjurkan stesen TV itu dengan seramai 5,700 pelari membanjiri Sri Pentas, Bandar Utama seawal 5.30 pagi. Acara yang merupakan larian terbesar di Bandar Utama itu turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut melepaskan para peserta buat tiga kategori larian 15KM, 7KM dan 2.3KM. Turut hadir mengiringi beliau adalah para pengurusan tertinggi Media Prima Berhad – Encik Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV), Datuk Kamal Khalid (Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan), Shareen Ooi (Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima), Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio dan Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian TV), Airin Zainul (Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV), Sofwan Mahmood (Pengurus Besar Kumpulan, Operasi Berita, Rangkaian TV dan Radio) dan Dorothy Empam (Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan). Read more →
Tag: NTV7
(SUKAN) LARI BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI TERKENAL DI LARIAN AMAL FEEL GOOD RUN 2013!
Menyertai larian yang melibatkan ramai orang awam di pagi hari pastinya menyeronokkan tatkala semua orang berkongsi perasaan ceria dan detik gembira bersama keluarga mahupun sahabat handai. Malah di dalam larian sebegini juga anda boleh menemui rakan baru yang berkongsi minat yang sama. Larian amal Feel Good Run 2013 yang dijadualkan pada 7 Julai di Sri Pentas nanti pastinya merupakan medan pertemuan terbaik buat semua pelari untuk saling bergembira bersama kenalan baru atau rakan karib. Lebih menarik larian itu juga bakal menyaksikan para selebriti tempatan turut serta berlari bagi memeriahkan lagi acara yang dinanti-nantikan itu. Read more →
(HIBURAN) Aishwarya Rai berkongsi kisah hidup dan isu yang dekat di hatinya bersama Daphne Iking dalam rancangan Bella
Siapa sahaja yang tidak mengenali Aishwarya Rai? Pelakon jelita yang dinobatkan di antara wanita tercantik di dunia. Bukan sekadar meniti di bibir peminat filem Bollywood, malah Aishwarya memang gah sebagai artis antarabangsa di persada dunia. Baru-baru ini Aishwarya melakukan kunjungannya ke Malaysia sempena pelancaran butik produk jenama terkemuka dan rancangan temubual wanita ntv7 – Bella – berjaya mendapatkan liputan eksklusif daripada beliau. Mengemudi temubual yang bakal membawa sisi lain ke dalam hidup peribadi Aishwarya Rai adalah Daphne Iking. Read more →
(SEMASA) KARNIVAL YUAN 2013
Seronok, menarik, dan menghiburkan merupakan antara perkataan yang menggambarkan Karnival Yuan anjuran Saluran Ceria Anda, ntv7. Sebanyak 21 lokasi serata Malaysia telah dijelajah oleh acara karnival popular itu sejak tahun 2010 dan seramai 425,000 orang pengunjung juga telah bersama-sama memeriahkan acara tersebut.
Tahun ini pastinya ntv7 tidak akan ketinggalan dalam membawakan karnival yang amat ditunggu-tunggu itu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan sajian hiburan mantap bagi menceriakan lagi para pengunjung kali ini. Read more →