Kuala Lumpur, 5 Oktober 2020 – Bintang serba boleh yang begitu dihormati ramai, Sabri Yunus mempunyai dimensi tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkannya sehingga mendapat perhatian ramai. Terdahulu, karya beliau, ‘Pok Ya Cong Codei’ (2018) yang disiarkan di saluran Astro Mustika dan Astro Citra telah mendapat sambutan luar biasa dan tular di media sosial kerana hangat diperkatakan oleh penonton dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, karya lain seperti ‘Sangul Beracun’, ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman’, ‘Kita Bukan Anjing’, ‘Che Pa’ turut membuktikan Sabri Yunus sebagai seorang pengarah yang sentiasa perjuangkan karya berkisar akan adat dan kebudayaan serta sarat dengan mesej-mesej kerakyatan. Read more →