Kuala Lumpur, 5 Oktober 2020 – Bintang serba boleh yang begitu dihormati ramai, Sabri Yunus mempunyai dimensi tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkannya sehingga mendapat perhatian ramai. Terdahulu, karya beliau, ‘Pok Ya Cong Codei’ (2018) yang disiarkan di saluran Astro Mustika dan Astro Citra telah mendapat sambutan luar biasa dan tular di media sosial kerana hangat diperkatakan oleh penonton dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, karya lain seperti ‘Sangul Beracun’, ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman’, ‘Kita Bukan Anjing’, ‘Che Pa’ turut membuktikan Sabri Yunus sebagai seorang pengarah yang sentiasa perjuangkan karya berkisar akan adat dan kebudayaan serta sarat dengan mesej-mesej kerakyatan. Read more →
Tag: Sabri Yunus
(HIBURAN) ‘DUKUN DOKTOR DANI’ TAMPIL SISI LAIN TAUFIK BATISAH, FASHA SANDHA, SABRI YUNUS
‘Siapa kata nasib tak boleh diubah?’ Astro Shaw selaku penerbit bersama produksi Balang Rimbun bakal menampilkan sebuah filem terbaru berjudul DUKUN DOKTOR DANI yang akan menemui para penonton di layar perak pada 28 Julai 2016 ini. Satu majlis sidang media dan pratonton diadakan di MM2 Screen Management, e@Curve, Cathay Cineplex Damansara, Petaling Jaya. Read more →
(HIBURAN) Saksikan Antara Drama Terbaik ASK 2014 Setiap Jumaat, Jam 1.30 Petang
Anugerah Skrin 2013 telah menyaksikan drama Mawar Putih Tanda Perpisahan merangkul trofi Drama Terbaik, Videografi Terbaik (Mohd Faizal bin Mohd Ali) dan Lakon TV Terbaik (Mazlan Manan) manakala drama Aku Bukan Malaikat pula berjaya merangkul trofi Pengarah Terbaik Drama (Eirma Fatima) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Datin Paduka Umie Aida).
(HIBURAN) Pementasan Geng Lawak @ PICC
Menjelang sambutan tahun baru 2014, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ingin memberikan sentuhan baru yang lebih mesra dengan menganjurkan Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC pada 31 Disember 2013. Ini merupakan julung kali acara sebegini diadakan di PICC. Bermula seawal jam 10.00 pagi, Bazar @PICC akan berlangsung di foyer aras Concourse dan akan berlanjutan sehingga jam 12.00 tengah malam. Bazar ini akan diadakan selama dua hari bermula dari 31hb Disember 2013 sehingga 1hb Januari 2014. Walaubagaimanapun pada malam tahun baru akan diceriakan dengan pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga seperti persembahan terbuka dan percuma dari kumpulan ‘Buskers & Clown’. Read more →