Tag: PENERBITAN

(HIBURAN) AZTECA DAN ASTRO BEKERJASAMA DALAM MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PENERBITAN DAN PENGEDARAN

image008

Antara pengeluar rancangan televisyen bahasa Sepanyol terbesar di dunia, Azteca, dan Astro, penyiar televisyen berbayar terkemuka di Asia Tenggara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)- bagi penerbitan dan pengedaran telenovela. MoU ini melibatkan tiga pihak, iaitu Azteca, Astro dan  Global Station, syarikat produksi Malaysia yang telah menerbitkan beberapa siri drama yang berjaya mendapat sambutan paling hebat di Malaysia. Ini merupakan peristiwa penting bagi ketiga-tiga pihak dan menandakan satu perkongsian erat jangka panjang bersandarkan kekuatan setiap pihak apabila Astro dan Global Station akan bersama-sama menerbitkan format telenovela Azteca yang diadaptasikan bersesuaian dengan penonton di Malaysia dan serantau. Di samping itu, Azteca akan menguruskan pengedaran antarabangsa telenovela yang telah dihasilkan. Read more →