Tag: Permata hati

(HIBURAN) ‘Permata Hati’ karya sulung Datuk Seri Shah Rezza

IMG_98304

Nama Datuk Seri Shah Rezza memang tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti trend industri fesyen tanah air kerana beliau merupakan ikon dalam penganjuran acara tersebut.  Pernah dikenali sebagai seorang pelakon di era zaman 80-an menerusi filem Ali Setan, kini Datuk Seri Shah Rezza sekali lagi terjun ke dalam industri hiburan tanah air dan kali ini sebagai penulis skrip dan penerbit sebuah telemovie. Pelaburan awal sebanyak RM400,000 untuk telemovie ini bertukar menjadi pelaburan sebuah filem apabila Datuk Seri Shah Rezza membuat keputusan saat-saat akhir untuk menjadikan ia sebuah filem setelah mendapat beberapa respon positif dari pemain industri filem tanah air yang telah melihat karya asal beliau ini. Datuk Seri Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 53, berkata, keputusan itu dibuat dalam masa 2 hari dan menyebabkan dia perlu membuat pelaburan tambahan  sebanyak RM10,000 untuk mengubah format drama berkenaan dalam bentuk filem. Read more →