KUALA LUMPUR, 3 Mei 2016 – U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, telah menandatangani perjanjian dengan SACOFA Sdn Bhd, syarikat yang diberi hak eksklusif untuk membina, memiliki dan mengurus infrastruktur komunikasi di Sarawak. Dengan jalinan usahasama ini, U Mobile akan diberi akses kepada kemudahan infrastruktur SACOFA yang merentas lebih 700 tapak di seluruh negeri, serta perkhidmatan pemajakan jalur lebar syarikat tersebut. Ini sekaligus dapat mempercepatkan perkembangan rangkaian dan meningkatkan mutu perkhidmatan U Mobile di Sarawak. Read more →