(SEMASA) U MOBILE BEKERJASAMA DENGAN SACOFA SDN BHD UNTUK MEMACU PERKEMBANGAN RANGKAIAN DI SARAWAK

Spread the love

 U Mobile Partners With Sacofa Sdn Bhd To Accelerate Network Expansion In Sarawak

KUALA LUMPUR, 3 Mei  2016 – U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, telah menandatangani perjanjian dengan SACOFA Sdn Bhd, syarikat yang diberi hak eksklusif untuk membina, memiliki dan mengurus infrastruktur komunikasi di Sarawak. Dengan jalinan usahasama ini, U Mobile akan diberi akses kepada kemudahan infrastruktur SACOFA yang merentas lebih 700 tapak di seluruh negeri, serta perkhidmatan pemajakan jalur lebar syarikat tersebut. Ini sekaligus dapat mempercepatkan perkembangan rangkaian dan  meningkatkan  mutu perkhidmatan U Mobile di Sarawak.

Menerusi perjanjian ini, SACOFA akan menyedia tapak-suaibina dan menyediakan  perkhidmatan pemajakan  konfigurasi rangkaian kepada  U Mobile  bagi tempoh 10 tahun.

Semasa menghadiri majlis menandatangan perjanjian, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, En. Wong Heang Tuck menjelaskan bahawa usahasama ini merupakan satu pencapaian besar bagi U Mobile dalam usahanya untuk memperkembangkan perkhidmatannya di Sarawak kerana U Mobile bakal berupaya mencapai lebih ramai lagi pelanggan. “Kami amat berbesar hati  bekerjasama dengan SACOFA kerana dapat memaksimum perkongsian tapak. Menerusi usahasama ini, U Mobile boleh mempercepatkan perkembangan liputan rangkaian. Sebagai sebuah telco yang mengutamakan data, kami juga gembira kerana berkesempatan meningkatkan pengalaman Internet para pelanggan kamiserta dapat menjimatkan kos dan mengurangkan impak kepada alam sekitar. “

Ujarnya lagi, “Kerjasama ini memang tepat pada masanya kerana SACOFA juga akan menjadi pemangkin utama pengembangan rangkaian kami pada spektrum frekuensi baru 1800MHz dan 900MHz, yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan kepada U Mobile pada awal tahun ini. Kami dijangka untuk beralih sepenuhnya kepada spektrum 1800MHz pada 1 Januari 2017 dan spektrum 900MHz pada 1 Julai 2017. Jalinan kerjasama dengan SACOFA ini jelas memperagakan peningkatan komitmen kami di Malaysia Timur.”

Pengarah Urusan SACOFA Sdn Bhd, Mohammad Zaid Bin Zaini berkata SACOFA mengalu-alukan usahasama bersama U Mobile ini untuk mempercepatkan  perkembangan rangkaian telekomunikasinya di negeri Sarawak. Menurut beliau SACOFA berada dalam kedudukan yang baik dan sentiasa bersedia untuk menjadi batu loncatan  kepada pembekal perkhidmatan telekomunikasi memberikan perkhidmatan mobil dan data mereka.

Zaid menambah lagi, “SACOFA kini memiliki rangkaian menara dan infrastruktur gentian optik yang menjangkau seluruh negeri Sarawak. Ini akan mengurangkan masa pelaksanaan perkhidmatan  telekomunikasi ini secara ketara dan akan memberi faedah kepada U Mobile. Kami juga yakin pengurangan ketara dalam masa penempatan dan penjimatan kos berikutnya

akan meningkatkan lagi persaingan jesteru menghasilkan sambungan mudah alih yang berkualiti dan murah untuk kemudahan Rakyat.”

Zaid juga menegaskan bahawa pada keseluruhannya, kerjasama ini menyokong matlamat Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan penempatan perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang berkualiti dan berpatutan kepada seberapa ramai orang yang mungkin.

U Mobile, baru-baru ini, telah dinobat sebagai “Penyedia Khidmat Data Mudah Alih Terbaik Malaysia  tahun ini” oleh Frost and Sullivan. Selain itu, U Mobile telah diisytihar sebagai telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas oleh Ookla, sebuah syarikat penarafan bebas global dalam hal ehwal kelajuan internet. Telco ini juga menempa reputasi kerana mengungguli produk dan perkhidmatan inovatif, terutama sebagai syarikat telekomunikasi yang pertama di industri Malaysia untuk memperkenalkan kebebasan kontrak, pembiayaan mikro telefon pintar, perantauan data percuma, dan khidmat strim percuma. Beberapa hari yang lepas, U Mobile melancarkan perkhidmatannya yang terkini, Video-Onz™, yang membolehkan pelanggan-pelanggan U Mobile menonton strim isi kandungan 11 rakan penyedianya, termasuk video sajian YouTube, HyppTV dan Viu, tanpa menggunakan data, 24 jam sehari setiap hari dan di mana jua di Malaysia, secara percuma.

Majlis menandatangani perjanjian antara U Mobile dan SACOFA berlangsung di Hotel Pullman, Kuching.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *