Bagi Ramadhan pada tahun ini, selain daripada menyediakan kambing panggang, kami menggunakan Konsep Gerai yang menyajikan menu yang istimewa seperti Roti Jala, Roti John, Kuey Teow, dan Ayam Goreng Berempah. Bagi hidangan buffet, kami mempunyai hidangan utama iaitu Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Beriyani, Jelatah, Papadom, dan Asam Laksa. Menu ini disediakan sepanjang bulan Ramadhan. Selain hidangan utama, kami juga mempunyai hidangan lain seperti Nasi putih, Daging Masak Merah, Ikan Dori Masak Masam Manis, Sayur Masak Sos Tiram, dan beberapa masakan panas yang lain. Hidangan ini bertukar setiap hari. Read more →