Tag: Sunsilk

(SEMASA) Sunsilk Melindungi Rambut Anda Sehingga 48 Jam dengan Sunsilk Hijab Recharge

KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2017 – Bagi kebanyakan gadis, memakai hijab merupakan ekspresi luaran secara peribadi yang mempamerkan tahap keimanan dan melambangkan keutuhan mereka dalam memenuhi tuntutan agama. Namun demikian, kesihatan rambut walaupun ketika bertudung juga amat penting untuk memberi lebih keyakinan. Tidak lupa juga, keperluan serta cabaran penjagaan rambut bagi mereka yang berhijab adalah unik berbanding mereka yang tidak bertudung.  Memahami permasalahan ini, Sunsilk memperkenalkan Sunsilk Hijab Recharge, rangkaian produk penjagaan rambut yang direka khusus bagi hijabster.  Menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan, dan manfaat terbaik dari bahan semula jadi yang asli, Sunsilk berhasrat untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk mengejar impian mereka namun kekal memiliki rambut yang kelihatan segar dan sihat walaupun dengan berhijab.

Read more →

(SEMASA) Rangkaian Penjagaan Rambut Sunsilk Diperbaharui dan Berwajah Baru Untuk Rambut Menawan Keyakinanmu

Image 1

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2016 – Rambut yang menawan memberi keyakinan kepada kebanyakan wanita, lebih-lebih lagi anak gadis dan remaja, kerana produk penjagaan rambut yang sesuai boleh membantu mereka menyerlahkan penampilan masing-masing. Oleh itu, Sunsilk sentiasa mendahului usaha untuk menyuntik keyakinan di kalangan wanita dan menghidupkan semangat persaudaraan untuk menyokong satu sama lain. Dengan janji jenama “rambut menawan, keyakinanmu”, Sunsilk melancarkan semula lapan (8) varian utama produk penjagaan rambutnya, dengan memperkenalkan formula dan rupa bentuk yang terbaru. Dari luar, rangkaian produk penjagaan rambut terbaru jenama yang berwajah baru tampak lebih menarik dan segar manakala di dalam botolnya terkandung formula yang ditambah baik dan memberi kesan lebih menakjubkan. Read more →

(SEMASA) Merealisasikan Impian Wanita Muda Berhijab Bersama Sunsilk

Image 1

Setiap wanita muda yang memakai hijab mempunyai impian seperti wanita lain – cita-cita untuk dicapai dan kisah untuk diceritakan. Sunsilk sentiasa komited untuk memperkasakan wanita berhijab supaya mencapai impian dan berkongsi kisah mereka. Tahun ini, Sunsilk bekerjasama dengan Astro untuk menyediakan platform kepada wanita berhijab, yang bercita-cita untuk merealisasikan impian mereka melalui kempen Kecapi Impianku Bersama Sunsilk. Read more →

(SEMASA) Sunsilk Bakal Menghasilkan Selfie Movie dengan Rambut Sedia Selfie

Sunsilk 1

Bagi kebanyakan gadis, saat yang menyeronokkan dan penuh keyakinan selalunya dirakam dengan selfie. Tiada lagi cara yang terbaik untuk mengambil gambar selain dengan rambut yang cantik dan sedia selfie. Dalam usaha untuk merakamkan saat-saat selfie terbaik, Sunsilk buat pertama kalinya melancarkan Sunsilk Selfie Movie dengan tema ‘Selfie Ready Hair, Anytime, Anywhere’, menjemput para gadis untuk menjadi sebahagian daripada kempen yang riang dan menyeronokkan bagi mendapatkan rambut yang cantik dan sedia selfie. Read more →

(SEMASA) Sunsilk Menemui Kisah Pemakai Hijab yang Penuh Berinspirasi

Image 1_Compressed

Nurul Izzati Ibrahim yang berusia 22 tahun mungkin kelihatan muda, namun tenaga serta keyakinan beliau jelas menunjukkan bahawa beliau telah mencapai kejayaan yang membanggakan pada usia muda.  Pengaya hijab muda ini kelihatan teruja menceritakan mengenai salah satu minat beliau iaitu – tutorial gaya berhijab di YouTube yang telah meraih pengikut melebihi 19,000 orang dan menjana lebih lima juta tontonan.  Sunsilk, salah satu peneraju dalam penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab, menyedari hakikat ini dan memilih Nurul sebagai pemenang hadiah utama yang memenangi hadiah wang tunai RM20,000 melalui pertandingan, Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000. Read more →