Tag: Tau?

(SEMASA) JULIE’S BISCUITS MENANGANI ISU STEREOTAIP GENDER, MENENGAHKAN KESAKSAMAAN GENDER DALAM SEKUEL FILEM PENDEK HARI RAYA

KUALA LUMPUR, 20 April 2022 – Julie’s Biscuits sekali lagi menangani isu peranan stereotaip dalam filem pendek Hari Raya terbaru berjudul ‘Ini Iklan Raya Baru, Tau?‘. Filem yang disiarkan hari ini membalikkan skrip iklan yang disiarkan pada 2021 dan membincangkan stereotaip tipikal yang dilihat dalam masyarakat hari ini. Berlatarbelakangkan persiapan menyambut Hari Raya, filem ini menjemput rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan semula definisi peranan tradisional yang stereotaip dengan melihat bagaimana jangkaan dahulukala tidak lagi sesuai pada zaman sekarang. Read more →