Tag: USOP

(HIBURAN) KITA – Ernie Zakri, Ara Johari , Usop & Putera Muhammad

‘KITA’ merupakan sebuah lagu berunsurkan kerohanian hasil ciptaan Ziin. Idea asal bagi projek ini adalah terdetik daripada ketua label Music Rocketfuel sendiri iaitu En Feros Sayna . “Kita”  juga merupakan buah tangan terbaru daripada Rocketfuel Entertainment kepada seluruh rakyat Malaysia bagi berkongsi rasa akan peristiwa yang sedang melanda negara kita bahkan satu dunia dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat. Kita juga terpaksa menjalani ibadah berpuasa kali ini dengan kelaziman yang baharu. Namun semua itu bukan penghalang untuk kita mencari cebisan nikmat dalam kepayahan dan melahirkan kesyukuran.  “Kita” juga merupakan sebuah tanda penyatuan semua umat dan agama di seluruh dunia dalam menghadapi pandemik yang sedang berlaku lebih-lebih lagi pandemik ini melanda pada bulan yang sungguh mulia. Read more →

(HIBURAN) USOP KEMBALI DENGAN  ‘SELAMANYA’ SAMBUNGAN KISAH ‘AKU YANG BERSALAH’ 

Mula dikenali lewat sebuah rancangan realiti, bintang yang semakin meningkat naik, Usop nampaknya terus mencuri perhatian pencinta arena seni suara tempatan dengan kehebatan vokalnya. Selepas membuat perkenalan dengan industri muzik tempatan tidak berapa lama sebelum ini, Usop kembali dengan sebuah lagi persembahan buat para peminatnya dalam bentuk single terbaru yang berjudul ‘Selamanya’.   Read more →

(HIBURAN) USOP MUNCUL DENGAN ‘AKU YANG BERSALAH’ HASIL NUKILAN HAQIEM RUSLI DAN FAREEZ FAUZI

Jika disebut nama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut, namun kalau disebut Usop, mungkin ada yang teringatkan wajah serta suaranya. Berasal dari Kulim, Kedah pemuda yang digelar Usop ini merupakan seorang penyanyi yang bakatnya dicungkil dari sebuah rancangan TV realiti popular sekitar setahun lalu. Read more →