(HIBURAN) “ Lentera Hati” buah tangan terbaru band ST12

Spread the love

IMG_9067Masih ingatkah lagi pada lagu  “jangan pernah berubah” ? Lagu ini yang menaikkan nama band ST12 pada ketika dahulu. Setelah menempa populariti yang memuncak, kumpulan ini berpecah dan meninggalkan pemain dram asalnya iaitu Pepep yang masih cuba meneruskan legasi band ST12. Setelah menyepi hampir 4 tahun, band ini kembali dengan barisan anggota baru iaitu vokalisnya Ridho Tuah serta dua ahli lain iaitu Koko dan Indra yang masing-masing bermain gitar. Dua ahli kumpulan asal ST12, Charly dan Pepeng mengumumkan pengunduran diri dari band itu sekitar tahun 2011. Pada majlis sidang media ini juga, band ST12 mempromosikan album baru yang bertajuk “ Lentera Hati” yang mengandungi lagu hit “Putih-Putih Melati” dan 9 buah lagu lain yang kesemuanya dicipta sepenuhnya oleh anggota ST12 iaitu Pepep. Lentera Hati sudah mula dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Universal Music dan Rumpun Records.

IMG_9062

Siaran Media :
Putih Putih Melati, ST12 Kembali

Identiti setiap kumpulan muzik sangat penting. Secara klise, kumpulan muzik (band) sering dikenali melalui vokalisnya. Maka apabila vokalis tekad keluar dari band, ahli-ahli lain pincang. Akhirnya band berpecah dan membawa haluan sendiri.

Nasib ST12 hampir menemui destinasi yang sama. Lebih empat tahun ST12 terumbang-ambing dengan hanya mengekalkan pemain drum nya sahaja. Ilham Febri atau nama komersialnya, Pepep hampir menemui jalan buntu untuk terus mengekalkan band ST12. Namun benar sekali kata hikmah, usaha itu tangga kejayaan.

Mengambil masa hampir 4 tahun untuk mencari vokalis baru dan menelan waktu hampir setahun untuk proses rakaman dan adunan, Pepep dan ST12 akhirnya berjaya melancarkan album terbaru mereka berjudul Lentera Hati. ST12 kini siap beraksi kembali di arena muzik dengan menampilkan vokalis baru bernama Ridho Tuah. Single pertama mereka berjudul Putih Putih Melati sudah mulai mendapat respon positif peminat di laman youtube.

 IMG_9094

Bercerita tentang album terbaru, Pepep menjelaskan bahawa album terbaru ini sesuatu album yang istimewa. Album ini menyimpulkan setiap duka lara, penat jerih kariernya bersama ST12 dan meluahkan seribu rasa bahagia bersama ahli baru ST12. Lagu-lagu dalam album ini cukup serasi dengan vokal Ridho dan Pepep yakin Ridho mampu pergi jauh dengan bakat yang ada padanya.

Pengurus A&R Rumpun Records, Nino menafsirkan album Lentera Hati sebagai album yang amat menakjubkan. “Ridho memberikan persembahan nyanyian yang jujur dan mereka mengadunkan melodi yang catchy bersama susunan muzik yang ringan menjadikan album ini mampu menjadi dendangan untuk beberapa tahun akan datang. “

Album Lentera Hati sudah mulai dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Rumpun Records dan Universal Music. Album ini juga boleh dimuat turun secara digital dari iTunes dan syarikat telekomunikasi tempatan.

Perkembangan terbaru ST12 boleh diperoleh dari laman rasmi Facebook dan twitter mereka di :

Facebook: https://www.facebook.com/officialST12

Twitter: https://www.twitter.com/officialST12

Portal Gila Muzik: www.gilamuzik.com

Preview Lagu :

http://www.youtube.com/watch?v=v4ybHaSdkN8

Album Terbaru New ST12 Bertajuk Lentera Hati.
Lagu dan Lirik : PEPEP ST12

Daftar Lagu

*STSETIA
*PENANTIAN TAK BERUJUNG
*MENIKAHLAH DENGANKU

*LENTERA HATI
*CINTA TERBAGI
*ILU INU (I Love You I Need You)
*BIDADARI BUMI
*PUTIH PUTIH MELATI
*TIDAK TAHU
*SUMPAH MATI

 dapatkan-st12-lentera-hati


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *