Archive for: April 2013

(HIBURAN) SINGLE TERBARU T.R.I.A.D. – NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI).

TRIAD

“Neng neng nong neng neng neng nong neng neng nong neng”. Anda pernah dengar tak lagu ini di corong-corong radio? Kepada sesiapa yang tidak tahu tentang sejarah lagu ini mungkin akan merasa pelik dengan lirik lagunya. Bak kata pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Begitu juga lah terjadinya kepada M. Ridho yang berasal dari Babakanciparay, Bandung ini. Beliau merupakan seorang jejaka biasa yang hanya bekerja sebagai penjual roti yang datang untuk uji bakat Indonesian Idol 2012. M Ridho yang berumur 21 tahun itu telah membawakan lagunya sendiri iaitu NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI). Walaupun tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penyanyi, namun bakat penulisannya telah di nilai oleh Ahmad Dhani yang merupakan salah seorang juri pada ketika itu.  Read more →

(SEMASA) Astro Lakar Sejarah Dunia di Sabah

Astro Kasih with new GWR title1GMO

Kota Kinabalu, 13th April, 2013 – Astro telah berjaya mencipta rekod baru untuk pembersihan dasar laut terpanjang dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ apabila seramai 134 penyelam sukarelawan Astro Kasih berjaya menyempurnakan selaman untuk membersihkan dasar laut selama lebih 168 jam secara berterusan, di 14 lokasi selaman meliputi kawasan sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, Sabah bermula 6 hingga 13 April 2013. Read more →

(HIBURAN) KISAH-KISAH SERAM DALAM KAMPUNG SIMPANG BURUNG

logo Kampung Simpang Burung

Menyusul selepas drama siri ‘Mak Lang Datang, Kompang Bergendang’ di slot Senda Pagi, sebuah lagi drama siri 8 episod berjudul ‘Kampung Simpang Burung’ bakal disiarkan mulai 15 April 2013 ini, setiap Isnin jam 10.00 pagi. Drama yang menampilkan barisan pelakon seperti Danny X-Factor, Aedy Ashraf, Nasiruddin Nasir, Carmen Chew Richy dan Sweet merupakan hasil sutradara Rashid San dan penulis skrip Lieynur Liey menerusi produksi Alfa Muhibbah. Read more →

(SEMASA) QI RAZALI KEMBALI MENGEMUDI JJCM

Episode 17, Qi menikmati makanan-makanan di Tong Pak Fu

Program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), sebuah program yang memberikan informasi dan tips serta lokasi menjamu selera kini telah memasuki musim kedua bagi tahun 2013 bermula 7 April 2013 yang lalu. Tambah menarik, program JJCM musim baru ini juga mengembalikan hos JJCM iaitu Qushairi Mohammed Razali atau lebih mesra dengan panggilan Qi Razali, di samping pengisian baru menerusi segmen menarik seperti ‘Siapa Punya’, ‘Siapa Itu?’, ‘Singgah’ dan ‘Lain Macam’. Read more →

(HIBURAN) Trailer Rasmi Filem LARI Lakonan Aaron Aziz

LARI_Poster FINALcroprsz

Excellent Pictures mempersembahkan filem LARI.

Lakonan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek & Hazama Azmi.

Sebuah filem Ahmad Idham.

Di pawagam bermula 6 JUN 2013.

Sertai kami di:

https://www.facebook.com/lari2013
https://www.facebook.com/excellent.pi…

https://www.twitter.com/excellentpic_my | #Lari2013