(HIBURAN) SINGLE TERBARU T.R.I.A.D. – NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI).

Spread the love

TRIAD

“Neng neng nong neng neng neng nong neng neng nong neng”. Anda pernah dengar tak lagu ini di corong-corong radio? Kepada sesiapa yang tidak tahu tentang sejarah lagu ini mungkin akan merasa pelik dengan lirik lagunya. Bak kata pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Begitu juga lah terjadinya kepada M. Ridho yang berasal dari Babakanciparay, Bandung ini. Beliau merupakan seorang jejaka biasa yang hanya bekerja sebagai penjual roti yang datang untuk uji bakat Indonesian Idol 2012. M Ridho yang berumur 21 tahun itu telah membawakan lagunya sendiri iaitu NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI). Walaupun tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penyanyi, namun bakat penulisannya telah di nilai oleh Ahmad Dhani yang merupakan salah seorang juri pada ketika itu. 

Video-dan-Lirik-Lagu-M.Ridho-NENG-NENG-NONG-NENG

Ini merupakan pautan untuk video M Ridho sedang di uji bakat di Indonesian Idol 2012.

Pada dasarnya muziknya hanya biasa-biasa sahaja, namun sebagai seorang penggiat seni dan juga ikon di industri muzik Indonesia, Ahmad Dhani boleh lihat akan keberkesanan lagu tersebut. Beliau juga amat berani untuk mengambil risiko dan membeli lagu NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI). Ahmad Dhani hanya perlu memberi sedikit susunan dan sentuhan ‘magic’ nya terhadap lagu tersebut untuk kedengaran lebih sedap di halwa telinga. Ini merupakan pertama kali Ahmad Dhani mengeluarkan lagu yang bukan ciptaan nya sendiri. Ini pula pautan untuk muzik video rasmi kumpulan T.R.I.A.D. untuk lagu NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI).

Lagu NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI) yang bergenre pop rock ini juga dinyanyikan sendiri oleh Ahmad Dhani dengan bandnya T.R.I.A.D. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang berkisarkan tentang seorang kekasih yang hanya mahu hidup denganpasangannya tidak kira apa yang melanda. Akhirnya lagu NENG NENG NONG (KU INGIN LAMA PACARAN DI SINI) telah meletup di Indonesia dan mula diterima oleh peminat-peminat muzik di Malaysia. Ternyata hanya genius sahaja yang mampu untuk menilai sesuatu perkara berharga yang pada mulanya di anggap murah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *