Setiap gadis mempunyai impian masing-masing. Sama ada besar atau kecil, memenuhi impian tersebut memberi makna dan tujuan dalam kehidupan mereka. Dalam arus kehidupan, ramai gadis akhirnya memendamkan impian mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan di alam realiti. Antara rintangannya termasuk kekurangan sokongan, kekurangan maklumat yang mencukupi, kekurangan peluang, serta keraguan diri. Read more →
Archive for: May 2013
(HIBURAN) Filem ” LARI ” bakal berlari ke FESTIVAL FILEM CANNES
LARI …Filem yang berbelanja besar dari Excellent Pictures ini bakal dipertontonkan kepada pihak industri perfileman luar negara sempena Festival Filem Cannes ke 66, iaitu festival filem paling prestij di Perancis. Filem arahan Ahmad Idham ini yang menampilkan teraju utama seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek, Hazama Azmi dan ramai lagi yang menelan belanja lebih RM2 juta ini bakal ditayangkan pada 17 Mei , Jumaat, jam 9.30 pagi waktu Cannes di Star 3 Theatre bertempat di bandar Cannes untuk tontonan pihak pembeli dan pengedar filem antarabangsa yang bakal membanjiri bandaraya itu sempena festival filem berkenaan. Filem ini menggunakan tajuk ” The Run ” untuk pasaran antarabangsa dan bakal ditayangkan pada 6 Jun 2013 di pawangan seluruh Malaysia , Singapura dan Brunei. Read more →
(SUKAN) Program Deskripsi Nadi Arena ” DNA ” di Astro Arena
Astro Arena bakal memperkenalkan Deskripsi Nadi Arena atau DNA yang merupakan program pemyiasatan sukan yang menangani isu-isu semasa sukan tempatan yang akan bermula pada 20 Mei setiap hari isnin, jam 9 malam di Astro Arena di saluran 801. Program ini diterajui Ahmad Khawari Isa bersama-sama Rozaini Ahmad dan Ellia Raini. Read more →
(HIBURAN) ” BIKERS KENTAL ” kembara pemotoran yang menghiburkan
Astro Shaw Sdn. Bhd. (ASHW) telah menerbitkan sebuah filem terbaru berjudul Bikers Kental dengan kerjasama Califwork Studios Sdn. Bhd., arahan sulung seorang pengarah fotografi terkenal, Helmi Yusof. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Bront Palarae, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Amerul Affendi, Sufian Mohamed dan dua artis Thailand, Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Sempena pelancaran filem Bikers Kental, sebuah majlis Tayangan Perdana telah diadakan baru-baru ini di e@Curve Damansara. Read more →





