Archive for: June 2013

(HIBURAN) Intan Ladyana, Bella Dally, Atikah Suhaime Terajui Dewi Lasak!

Barisan pelakon Dewi Lasak bersama pengarah, Pierre Andre dan wakil penerbit, David Teo

Jangan disangka wanita yang lemah lembut tidak mempunyai bakat mempertahankan diri! Walaupun Seri, Dewi dan Qistina mempunyai raut rupa paras yang cantik tetapi itu bukanlah tanda mereka lemah dan mudah dipergunakan. Tampil dengan elemen lasak dan romantik, drama bersiri terbaru, DEWI LASAK yang bakal menggantikan ‘Karlos’ menampilkan barisan pelakon popular seperti Intan Ladyana (Seri), Bella Dally (Dewi), Atikah Suhaime (Qistina), Azwan Kombos (Faiz), Bil Azali (Izani Badarudin), Niezam Zaidi (Akil Rahmad), Amran Ismail (Joshua Azmi), Lokman Ghani (Jiman), Along Ezendy (Tony) dan ramai lagi bermula 26 Jun ini, setiap hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Aksi. Read more →

(SUKAN) Press Release : MALAYSIAN SUPER GT SUCCESS ON AND OFF THE TRACK

_L5D1672

The atmosphere was explosive with more than 100,000 spectators flocking to the Sepang International Circuit over two days, and was by far the biggest, most exciting, successful and activity-packed Malaysian Super GT race weekend. The sight of more than 1,300 high-powered motorcycles on the main straight of the Sepang International Circuit; over 11,000 fans who partied to the electrifying Dash Berlin World Tour rave party on Saturday night (15 June); a full-blown motor show displaying a wide collection of classics and street customs to the latest production models and super cars; an non-stop stage performance  and a recreation of a Japan Town successfully attracted race fans, their family and more importantly non-motoring enthusiasts who flocked to the circuit for a fun-filled weekend. Read more →

(SEMASA) Kenangan Lagenda Sudirman Arshad di Eastin Hotel

IMG_0275gmo

Membawakan tema lagenda penyanyi tanah air , Dato Sudirman Arshad, Eastin Hotel Petaling Jaya berkerjasama dengan Pusat Arkib Negara Malaysia meraikan “Golden Years” atau tahun keemasan industri muzik, seni dan budaya Malaysia. Dengan menjadikan bulan Ramadan yang mulia ini sebagai signifikasi promosi ini, pihak Eastin Hotel bakal menjadikan pakej berbuka puasa di Swez Brasserie ini sebagai sebahagian daripada rangka promosinya. Read more →

(HIBURAN) Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 20

IMG_2350gmo

Anugerah Industri Muzik (AIM) telah pun menjengah edisi yang ke 20 pada tahun ini. Majlis anugerah paling berprestij dalam industri seni muzik tanah air ini akan diadakan pada 14 Disember 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis anugerah yang telah dianjurkan sejak tahun 1993 ini bakal memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada bakat-bakat seni Malaysia termasuklah penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan pereka. Bersempena penganjuran AIM tahun ini , pihak RIM dan Asto bersepakat memilih tag line ‘ Meraikan Kemuncak Segala-galanya! ’. Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 kali ini juga tampil dengan satu kelainan apabila mengubah kriteria pencalonan dan menambah satu kategori baru. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam lagu ditambah menjadikan 20 kategori dipertandingkan bagi AIM kali ini. Kriteria yang digunapakai sebelum ini iaitu penggunaan 100 peratus bahasa Melayu dalam lagu telah diubah kepada sekurang-kurangnya 60 peratus penggunaan bahasa Melayu untuk membolehkan lagu yang digabungkan dengan Bahasa Inggeris boleh bertanding. Read more →

(HIBURAN) Filem Beraksi “Dampak” Memulakan Penayangannya 19hb September 2013

Dampak Poster 1cropsmall

Filem drama beraksi “Dampak” yang mendapat  liputan dan sambutan yang hebat dan meluas daripada media social, pada pertengahan  tahun lalu, apabila pelakon utamanya Aaron Aziz menyebarkan gambar gambar di sekitar pengambaran dan belakang takbir filem itu, di laman Twitter dan Facebook miliknya, kini telah pun siap produksinya dan sedang menantikan penayangannya di bulan September yang akan datang ini. Read more →