(HIBURAN) Filem Beraksi “Dampak” Memulakan Penayangannya 19hb September 2013

Spread the love

Dampak Poster 1cropsmall

Filem drama beraksi “Dampak” yang mendapat  liputan dan sambutan yang hebat dan meluas daripada media social, pada pertengahan  tahun lalu, apabila pelakon utamanya Aaron Aziz menyebarkan gambar gambar di sekitar pengambaran dan belakang takbir filem itu, di laman Twitter dan Facebook miliknya, kini telah pun siap produksinya dan sedang menantikan penayangannya di bulan September yang akan datang ini.

Dampak Pack 1 - 003

Filem terbitan Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd dan di bawah arahan Lai Yuk Long, menampilkan pelakon- pelakon A- List Malaysia seperti Aaron Aziz dan  Farid Kamil, serta  bintang bintang paling popular di tanahair iaitu Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya. Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat  seni  mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin.

Dampak Pack 1 - 005

Filem “Dampak” mengisahkan kehidupan dan pengembaraan lima adik-beradik yang bermisi untuk membalas dendam terhadap musuh, kepada ayah angkat mereka seorang bekas ahli kongsi gelap yang mempunyai masa silam yang tersembunyi. Filem “Dampak” yang penuh beraksi dan menghiburkan ini , dikatakan akan membuat impak yang besar di box office nanti, kerana daya tarikan bintang bintang yang mengegarkan filem ini, serta lakon layar dan premis cerita yang sangat menarik  dan  yang mempunyai satu kejutan besar di penghujung ceritanya. Hampir  semua babak-babak yang mengandungi  aksi aksi fizikal, dilakukan oleh pelakon-pelakon sendiri, termasuk  satu adegan yang melibatkan Farid Kamil jatuh dan tercedera lututnya semasa penggambaran di Lot 10, Bukit Bintang. Walaupun lututnya lebam dan dalam kesakitan, Farid Kamil masih meneruskan adegan yang melibatkannya sampai selesai penggambaran babak itu. Penggambaran filem “Dampak” dirakam di perbagai lokasi di Lembah Kelang, termasuk di perkampongan perikanan popular Pulau Ketam, dan dianggar akan mendapat sambutan yang hebat dari peminat filem beraksi.

Dampak Pack 1 - 004

Di harap semua rakan rakan media yang amat dihargai, dapat mewawarkan kedatangan filem Dampak ini di layar perak, menjelang bulan September 2013. Aktiviti-aktiviti promosi untuk filem Dompok akan mula diadakan dari sekarang sehingga tayangannya kelak, dan kami bagi pihak penerbit akan memastikan semua maklumat yang berkenaan akan di kongsi dengan segera dengan agensi media anda.

Dampak Pack 1 - 002

SINOPSIS FILEM DAMPAK

Misi mencari Afran yang hilang merupakan titik permulaan pengembaraan Idrus bersama adik-beradik angkatnya iaitu Giran, Hana dan Qyra untuk menyelidik sejarah Tok Long  yang dirahsiakan. Kecacatan dan parut pada muka Tok Long merupakan dorongan utama untuk kesemua  anak-anak angkatnya membalas dendam, tetapi Tok Long sentiasa menghalang dengan keras hasrat mereka itu tanpa memberi alasan yang jelas .Tatu merah yang ada pada pergelangan tangan Tok Long juga menjadikan dorongan mereka untuk terus curiga. Perasaan ingin membalas dendam untuk Tok Long terus membara, tambahan pula dengan ilmu mempertahan diri yang penuh di dada, yang diturunkan sendiri oleh ayah angkat mereka.

Kesempatan untuk meninggalkan kampung demi misi mencari Afran disalahgunakan oleh kesemua adik-beradik angkat itu. Selepas menjumpai Afran di awal misi, mereka meneruskan penjelajahan untuk menyelidik sejarah Tok Long.

Pertembungan dengan Botak merupakan titik peralihan utama kepada pengembaraan mereka. Perkataan ‘Lambang Merah’ yang terkeluar daripada mulut botak semasa dia dipukul oleh orang-orang Man menarik perhatian Idrus dan adik-beradiknya. Akhirnya, Idrus dan adik beradik-angkatnya itu berjaya menyelamatkan Botak dan sebagai ganjaran, Botak menyediakan tempat tinggal dan kabel pekerjaan.

Botak membawa mereka ke Joni Hitam. Joni Hitam merupakan orang kanan yang berpengaruh, yang berkhidmat dibawah payungan sebuah kumpulan gelap yang masyhur bernama Lambang Merah. Aksi daripada Girandan Afran sudah cukup untuk meyakinkan Joni Hitam untuk mengambil kesemua adik-beradik angkat itu berada dibawah naungannya. Idrus terus bersetuju demi matlamat utamanya iaitu untuk mengbongkar rahsia yang terbenam  di dada Tok Long.

Akibat potensi dan kerja tangan mereka, mereka akhirnya dihadapkan ke Tiger Lang iaitu Kepala kumpulan Lambang Merah. Tiger Lang mempelawa untuk terus duduk dibawah payungannya, mereka juga akan diberikan kemewahan yang tidak mungkin mereka dapat ditempat lain. Idrus mula berasa was-was akan kumpulan itu kerana dikhuatiri dapat menyesatkan mereka, tetapi demi matlamat utamanya, dia tetap bersetuju. Tambahan pula dengan desakan keras daripada Giran yang semakin gilakan harta dan sudah mula lali dengan persekitaran yang gelap. Jauh didalam hati Idrus, dia sudah dapat merasakan bahang akibat mengingkari arahan Tok Long tetapi tetap meneruskan pengembaraannya demi hati yang curiga.

Tetapi, apa yang dirancang Idrus tidak menjadi. Akibat ditaburi kemewahan dan bergelumang dengan kejahatan, misi utama Idrus kelihatan semakin kelam kerana mereka semua sudah mulai lalai. Ternyata kerja-kerja haram dan gelap mampu mengaburi mata manusia. Ternyata cinta mampu membutakan perjalanan. Yang disangka teman, rupanya bukan. Demi kemewahan, mereka juga sanggup berbunuhan. Cinta dan dusta tidak dapat mereka bezakan kerana memilih kehidupan yang sedemikian.

Hubungan diantara adik-beradik itu juga mula bergolak. Pengembaraan untuk mencari rahsia Tok Long terus pudar. Persoalan yang timbul bukan sahaja kemampuan mereka untuk membongkar rahsia Tok long, tetapi mampukah mereka kembali bersatu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *