Archive for: January 2014

(HIBURAN) Filem “Muka Surat Cinta”

MSCcropSMALL

Pierre Andre merupakan seorang pengarah yang menjadikan konsep ‘indie’ dan ‘art movie’ sebagai salah satu cara beliau mendapatkan kepuasan dalam  berkarya. Skrip asal “Muka Surat Cinta” adalah sebuah skrip yang digarap untuk satu filem pendek yang kemudiannya diangkat oleh MIG ke layar perak untuk dikomersialkan. Filem ini membariskan gandingan baru dari 3 negara berbeza iaitu Malaysia , Singapura dan Brunei menerusi lakonan 3 pelakon muda Mikail Andre (Putra),  Nina Iskandar (Luna) dan Atikah Suhaimie (Nurul) selaku teraju utama­nya disamping barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini iaitu Hilal Azman, Azwan Kombos dan Afiera Riana. Read more →

(HIBURAN) ALBUM KOMPILASI AIM20

IMG_4562

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah melancarkan album Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) yang memuatkan 16 buah lagu nyanyian barisan penyanyi berbakat tempatan. Majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah restoran sekitar Taman Tun Dr Ismail ini juga menjadi majlis doa kesyukuran sempena kejayaan menjayakan majlis gilang gemilang Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) pada tanggal 14 Disember 2013 yang lalu. Read more →

(HIBURAN) ASTRO FIRST EKSKLUSIF membawa aksi ngeri dan cemas menerusi QADR dan PANIK

IMG_4530

ASTRO FIRST memulakan tahun baru dengan bertenaga apabila bakal menampilkan dua filem televisyen (FTV) definisi tinggi (HD) iaitu QADR dan PANIK.  Read more →

(HIBURAN) FILEM “PENCULIKAN AMAR AFFENDI”

IMG_20140108_152127

Dengan wawasan untuk mengembalikan semula keterujaan penonton filem tempatan menyokong filem-filem Bahasa Malaysia, Camwerk Studios Sdn Bhd dan KRU Studios Sdn Bhd mengumumkan kerjasama mereka untuk menerbitkan filem aksi-jenayah berjudul “Penculikan Amar Affendi” (PAA). Read more →

(HIBURAN) “GAME ON!” SAINGAN SENGIT 12 LAGU TERBAIK DI Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

PC AJL 4gmo

Debaran bagi para penggiat muzik tanah air kini bermula! Selepas pengumuman barisan finalis pada akhir bulan November lalu, pastinya para peminat muzik tanah air tidak sabar menanti kelangsungan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang memperlihatkan persaingan sengit 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari nanti. Selepas kemenangan Yunalis Zarai dengan lagu ‘Terukir Di Bintang’ yang dipersembahkan oleh Aizat, lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL 28? Read more →