Archive for: October 2016

(SUKAN) Komitmen Sepanjang Hayat Tune Talk bersama Para Atlet Luar Biasa

pic-1Kuala Lumpur, 1 Oktober 2016 – Pada tahun 2014, Tune Talk, secara rasminya telah melancarkan gerakan untuk menyokong arena sukan Paralimpik negara. Kejohanan Para Asian di Incheon pada tahun tersebut merupakan kali pertama Tune Talk mengorak langkah, menampilkan kesemua atlet luar biasa dan mempamerkan pencapaian mereka yang menakjubkan kepada semua rakyat Malaysia. Dengan menggunakan langkah-langkah avant-garde, Tune Talk telah memastikan semua maklumat dan bahan-bahan berkaitan atlet luar biasa menjadi viral dan orang ramai mula mengenali mereka dan mengtahui pencapaian luar biasa mereka.  Read more →

(SUKAN) KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2016

dav

dav

Acara sukan berprestij dan bertaraf antarabangsa KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA (KLTIJM) 2016 merupakan acara KL Tower yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun, menemui peminat sukan ekstrem mulai 30 September hingga 3 Oktober 2016. Ianya bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (terjunan siang) dan 8.00 malam hingga 10.00 malam (terjunan malam), bertempat di KL Tower Sky Deck yang berketinggian 300 meter. Read more →

(HIBURAN) MAJLIS SIDANG AKHBAR PUTRI ‘PANAS HUJAN’ DAN PELANCARAN MUZIK VIDEO

front-cover

Putri Ain Natashha Binti Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Putri merupakan salah seorang peserta Separuh Akhir Ceria Pop Star Musim Kedua di bawah didikan dan bimbingan W.A.R.I.S.  Beliau mula diperkenalkan di dalam industri muzik tanah air dengan lagu balada yang dicipta oleh komposer dan penerbit terkenal iaitu Ajai dan dipasarkan di dalam tahun 2014. Muzik video tersebut telah ditontoni hampir 700,000 kali. Di atas kejayaan ini, maka Hazac Records telah tampil untuk menghasilkan single kedua yang berjudul ‘Panas Hujan’ buat Putri hasil ciptaan sepenuhnya oleh seorang pendatang baru yang bernama Haikal Zarrin. Read more →