(HIBURAN) MAJLIS SIDANG AKHBAR PUTRI ‘PANAS HUJAN’ DAN PELANCARAN MUZIK VIDEO

Spread the love

front-cover

Putri Ain Natashha Binti Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Putri merupakan salah seorang peserta Separuh Akhir Ceria Pop Star Musim Kedua di bawah didikan dan bimbingan W.A.R.I.S.  Beliau mula diperkenalkan di dalam industri muzik tanah air dengan lagu balada yang dicipta oleh komposer dan penerbit terkenal iaitu Ajai dan dipasarkan di dalam tahun 2014. Muzik video tersebut telah ditontoni hampir 700,000 kali. Di atas kejayaan ini, maka Hazac Records telah tampil untuk menghasilkan single kedua yang berjudul ‘Panas Hujan’ buat Putri hasil ciptaan sepenuhnya oleh seorang pendatang baru yang bernama Haikal Zarrin.

Lagu ‘Panas Hujan’ ini agak berbeza dengan lagu balada ciptaan Ajai sebelum ini. Lagu ini lebih simple dan rentaknya agak santai serta mudah diterima oleh berbagai golongan terutamanya remaja atau kanak-kanak yang masih bersekolah. Kebetulan Putri dan W.A.R.I.S. merupakan anak kelahiran Rembau maka mereka sering digandingkan di dalam persembahan muzik di sekitar Negeri Sembilan. Seringkali Putri diundang oleh pihak Jabatan mahupun Kementerian Pendidikan di dalam majlis-majlis kesenian mahupun mewakili sekolah di dalam kebanyakan pertandingan yang dianjurkan.

Putri amat bertuah kerana D’Pilin Boutique telah memilih beliau untuk dijadikan sebagai duta.  Di dalam majlis yang bersejarah ini juga pihak D’Pilin Boutique akan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan dan berkongsi serba sedikit latar belakang syarikat serta menandatangani kontrak secara rasmi melantik Putri sebagai duta.

Kini Lagu ‘Panas Hujan’ boleh didapati melalui semua platform digital terbitan Hazac Records dan edaran oleh Warner Music Malaysia.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *