(SUKAN) Komitmen Sepanjang Hayat Tune Talk bersama Para Atlet Luar Biasa

Spread the love

pic-1Kuala Lumpur, 1 Oktober 2016 – Pada tahun 2014, Tune Talk, secara rasminya telah melancarkan gerakan untuk menyokong arena sukan Paralimpik negara. Kejohanan Para Asian di Incheon pada tahun tersebut merupakan kali pertama Tune Talk mengorak langkah, menampilkan kesemua atlet luar biasa dan mempamerkan pencapaian mereka yang menakjubkan kepada semua rakyat Malaysia. Dengan menggunakan langkah-langkah avant-garde, Tune Talk telah memastikan semua maklumat dan bahan-bahan berkaitan atlet luar biasa menjadi viral dan orang ramai mula mengenali mereka dan mengtahui pencapaian luar biasa mereka. 

pic-4Pencapaian atlet-atlet luar biasa semakin meningkat seiring dengan peningkatan kepercayaan masyarakat kepada mereka. Ini membuktikan bahawa kita perlu lebih ramai rakyat Malaysia untuk yakin dan percaya kepada apa yang diperjuangkan oleh para atlet luar biasa ini dan inilah matlamat utama Tune Talk. 2016 merupakan tahun yang bersejarah bagi Malaysia kerana akhirnya kita berjaya mendapat pingat Emas daripada temasya sukan yang paling masyur di peringkat global. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Paralimpik Malaysia kerana pencapaian cemerlang mereka di Temasya Sukan Paralimpik Rio 2016, di mana mereka telah berjaya menggondol 3 pingat Emas, 1 pingat Gangsa dan memenangi hati rakyat Malaysia.

pic-3“Saya antara yang bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri di stadium peristiwa bersejarah, apabila Ridzuan Puzi, memenangi perlumbaan beliau, menghadiahkan pingat Emas pertama negara. Saya pasti, kesemua rakyat Malaysia, menangis ketika mendengar lagu Negaraku dimainkan buat pertama kalinya di dalam stadium Olympic. Setiap rakyat Malaysia, di Rio ataupun di tanahair menyokong atlet-atlet luar biasa ini ketika larian Emas Ridzuan, lontaran gergasi dari Ziyad Zolkelfi, lompatan Emas Latif Romly, pencapaian luar biasa Radiah dan semua para atlet yang berjuang dengan sepenuh hati mereka. Masyarakat akhirnya telah sedar bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mampu untuk menghasilkan kumpulan atlet luar biasa yang boleh memartabatkan negara. Sekarang kita perlu fokus untuk membina pasukan yang terbaik sebagai persiapan Malaysia yang akan menjadi tuan rumah Sukan Para Asean tahun hadapan dan juga pasukan yang paling luar biasa untuk Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” ujar Jason Lo,  CEO Tune Talk.

pic-2“Tahniah kepada kesemua yang terlibat dalam kejayaan ini. Sebagai tanda penghargaan, Tune Talk akan menghadiahkan ketiga-tiga pemenang pingat Emas negara, Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli, Latif Romly dan jurulatih mereka pengkhidmatan Tune Talk percuma seumur hidup. Siti Noor Radiah, pemenang pingat Gangsa akan menerima perkhidmatan Tune Talk percuma selama 3 tahun dan 17 atlet dan para jurulatih luar biasa dalam kontinjen Malaysia ke Rio akan menerima perkhidmatan percuma selama setahun!” tambahnya lagi.

Ini adalah merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Tune Talk kepada atlet-atlet luar biasa ini. Terdapat pelbagai perancangan dan inovasi yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat bagi menyokong arena sukan Paralimpik negara. Kita memerlukan sokongan dan kepercayan daripada lebih ramai rakyat Malaysia dan Tune Talk, melalui MISIM akan mula mengorak langkah yang lebih drastik agar dapat mengenal pasti individu-individu luar biasa yang akan mengharumkan nama negara di masa hadapan. Ini adalah perjuangan kita bersama jadi ayuh kita sama-sama melakukannya!

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *