(SUKAN) KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2016

Spread the love

dav

dav

Acara sukan berprestij dan bertaraf antarabangsa KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA (KLTIJM) 2016 merupakan acara KL Tower yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun, menemui peminat sukan ekstrem mulai 30 September hingga 3 Oktober 2016. Ianya bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (terjunan siang) dan 8.00 malam hingga 10.00 malam (terjunan malam), bertempat di KL Tower Sky Deck yang berketinggian 300 meter.

dav

dav

Pada mulanya, acara ini diperkenalkan bersempena dengan sambutan ulang tahun KL Tower yang ke-3 pada 3 Oktober 1999 yang lalu. Kemudian ia telah disenaraikan di dalam Malaysia Book Of Records sebagai acara terjunan BASE yang pertama di Malaysia.

Terjunan Base ialah acara sukan ekstrem yang melibatkan penggunaan payung terjun untuk membuat lompatan dari objek-objek tertentu. BASE mewakili object yang biasanya digunakan sebagai landasan terjunan, Bangunan, Antenna, Jambatan (Span) dan Bumi (Earth).

“Objektif utama KLTIJM 2016 adalah untuk mempromosi dan meningkatkan industri pelancongan di Malaysia serta mempromosi sukan terjunan BASE kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa, disamping memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terbaik di peringkat tempatan dan antarabangsa,” kata Encik Meor Shahril Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, KL Tower.

“Acara yang telah memasuki tahun ke-16 ini menampilkan kelainan melalui terjunan kanopi yang akan dilakukan oleh 20 orang penerjun pada 1 Oktober 2016 seiring dengan sambutan ulangtahun KL Tower ke-20. Selain itu, kami juga akan menganjurkan Pertandingan Fotografi bersempena dengan KLTIJM 2016, sepanjang empat hari acara ini berlangsung,” tambah beliau lagi.

dig

dig

Pertandingan Fotografi dengan bertemakan KL Tower International Jump ini adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun keatas dan mempunyai minat yang tinggi dalam fotografi. Peserta boleh menghantar dua (2) keping gambar bagi setiap penyertaan dan emailkan kepada corp.comm@menarakl.com.my atau memuat naik di Instagram dan juga tag Instagram rasmi kami di MenaraKL. Setiap gambar mestilah disertai dengan ‘caption’ yang menarik bersama #KLTOWERBASEJUMP. Pemenang akan dipilih bedasarkan tema, impak yang ditonjolkan melalui gambar dan juga perlu mempunyai faktor “WOW” melalui gambar yang dihasilkan.

Bagi acara KLTIJM tahun ini, menampilkan seramai 120 orang penerjun antarabangsa. Seperti tahun-tahun sebelum ini, penerjun rata-ratanya datang dari negara Australia, Austria, Belarus, Kanada, Denmark, Perancis, Finland, Jerman, Jepun, Kuwait, Luxembourg, Norway, New Zealand, Romania, Rusia, Sepanyol, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

sdr

sdr

Sekali lagi diteruskan pada tahun ini, iaitu terjunan yang paling mendapat perhatian pengunjung dan sentiasa ‘VIRAL’ diperkatakan di media-media sosial, iaitu terjunan kren. Terjunan ini diadakan pada Sabtu dan Ahad, iaitu 1 dan 2 Oktober 2016 mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan bersambung pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Seperti biasa, para penerjun akan membuat terjunan dari TH07 (Kepala Menara 7), di ketinggian 312 meter dari paras bumi, sambil menunjukkan aksi-aksi yang jarang kita dapat lihat dimana-mana tempat dan pastinya akan memberikan pengalaman berbeza dan mencabar adrenalin para pengunjung yang menyaksikannya.

KL Tower sekali lagi menawarkan pakej istimewa ‘Sitting on the Ledge’. Ini merupakan peluang keemasan di mana anda berpeluang menyaksikan kehebatan para penerjun melakukan aksi-aksi ekstrem dan mendebarkan secara dekat. Anda juga dapat beramah mesra dengan para penerjun, disamping melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur di KL Tower Sky Deck.

dav

dav

dav

dav

Setiap peserta yang membeli pakej ini akan diberi masa selama 45 minit untuk menyaksikan acara penerjunan secara langsung. Harga tiket adalah serendah RM98.00 (tanpa ‘Harness’) bagi pemegang MyKad dan RM128.00 tanpa MyKad. Bagi Pakej VIP pula ialah RM158.00 (dengan ‘Harness’) bagi pemegang MyKad dan RM188.00 tanpa MyKad. Pakej ini termasuk tiket ke Sky Deck dan Observation Deck air mineral, cenderahati gambar 6R, ‘harness’ keselamatan, kemeja-T KLTIJM 2016 dan barangan premium KL Tower.

Acara ini turut mendapat kerjasama daripada Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB) dimana KLTB telah menaja seorang penerjun iaitu Charley Kurlinkus yang berasal dari United State, Amerika untuk membawa payung terjun yang mempunyai logo Visit KL di setiap terjunan beliau semasa acara ini berlangsung. Beliau merupakan penerjun yang berpengalaman dan mempunyai rekod lebih daripada 2,132 terjunan.

sdr

sdr

“KL Tower International Jump adalah contoh terbaik diantara acara sukan terkenal yang memberi tumpuan kepada usaha bagi menarik penerjun antarabangsa dan pengikutnya. Selain sukan permotoran, maraton, berbasikal dan kejohanan golf antarabangsa, kita akan terus menyokong, meningkatkan profil dan membina martabat acara sukan yang berpotensi, selain dapat menarik acara-acara sukan antarabangsa yang baru dan boleh memberi Kuala Lumpur kelebihan sebagai destinasi sukan,” kata YBhg. Datuk Seri Mhd. Amin Nordin B. Abd. Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Pengerusi Kuala Lumpur Tourism Bureau.

“Buat pertama kali, KLTB menaja penerjun pada acara KL Tower International Jump 2016. Charley Kurlinkus dari Amerika Syarikat – dipilih berdasarkan pengalaman dan jumlah lompatan beliau di seluruh dunia. Melalui penajaan ini, kami ingin berkongsi kepada seluruh dunia bahawa Kuala Lumpur adalah destinasi sukan yang menarik, mesra dan terbuka kepada semua para peminat sukan untuk datang dan bertanding,” tambah beliau lagi.

dav

dav

Di antara rakan acara lain yang turut serta adalah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Menara Alor Setar, Muzium Telekom, Hypp TV, Starbucks Malaysia, MHE Demag, Ranger, FAMA, Webe, Apex Base, Spritzer, TIM Bodycare, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *