Archive for: April 2021

(SEMASA) kEATchen – MEMARTABATKAN NOSTALGIA SAJIAN CULINARY CHAMPIONS DI ERA DIGITAL

Eatvolution Sdn Bhd mengumumkan pelancaran lunak kEATchen – konsep dapur awan (cloud kitchen) yang mengumpulkan makanan jalanan atau culinary champions yang ikonik kepada para penggemar makanan. Dengan menggabungkan konsep baharu bersama teknologi, Eatvolution melalui kEATchen merealisasikan keupayaan industri F&B tempatan untuk kekal relevan. Selain itu, kerjasama dengan kEATchen juga dapat membantu para peniaga makanan jalanan atau culinary champions sedia ada untuk melangkaui sempadan mereka ke pengguna yang kian lama mengidamkan makanan jalanan melalui aplikasi penghantaran makanan menggunakan telefon pintar. Read more →

(SEMASA) TOURISM MALAYSIA LANCAR LAMAN INTERACTIVE DIGITAL BROCHURES

KUALA LUMPUR, 20 April 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia hari ini melancarkan Interactive Digital Brochures, iaitu sebuah laman microsite yang memberikan nafas baharu kepada penjenamaan semula pendigitalan risalah-risalah Tourism Malaysia menerusi pelayaran secara interaktif di ebrochures.malaysia.travel. Read more →

(HIBURAN) CETUSAN SANUBARI ARA JOHARI DALAM ‘TETAP AKU CINTA’

Penyanyi genit bersuara lantang, yang juga merupakan Naib Juara AJL Ke-32, Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih terkenal dengan nama pentasnya, Ara Johari, kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Tetap Aku Cinta’ setelah hampir setahun menyepi. Read more →

(HIBURAN) SISI KEROHANIAN MADAM DALAM ‘KEKASIHKU’

Band pertama Rocketfuel Entertainment yang sedang melonjak naik dan menempa nama di persada muzik tanah air, MADAM, yang dianggotai empat anak muda berbakat besar yang terdiri daripada Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (pemain gitar) kembali dengan single religi terbaharu yang berunsur ketuhanan berjudul ‘Kekasihku’ selepas kejayaan memberangsangkan ‘Luka’ dan ‘Musnah’. Read more →

(HIBURAN) NYALAAN HATI CHALEEDA GILBERT FINALIS BIG STAGE 2019 DALAM ‘CIGARETTES’

Chaleeda Gilbert kini kembali! Penyanyi serta pelakon muda yang baru menjangkau usia 20 tahun, gadis kacukan Inggeris-Thai, yang terkenal dengan watak ‘Arisa’ dalam drama bersiri Netflix Thailand pertama, ‘Kweng – The Stranded’ ini akhirnya muncul dengan single terbaharu yang ditunggu-tunggu berjudul ‘Cigarettes’. Read more →