(SEMASA) MILO® Stik Pek X-Change: Menggalakkan pengumpulan semula stik pek MILO® terpakai sambil menyokong komuniti setempat

Spread the love

Langkah semudah memulangkan semula bungkusan stik pek MILO® terpakai mampu menyumbang ke arah mengurangkan sisa plastik. Justeru, inisiatif MILO® Stik Pek X-Change diperkenalkan untuk menyediakan platform untuk penggemar MILO®  memulangkan bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air.

Bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2021, pengguna boleh mengumpulkan bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai yang telah dibersihkan pada jumlah yang ditetapkan, dan mengembalikan semula bahan-bahan ini melalui pos. Sebagai ganjaran, mereka boleh membuat tebusan untuk mendapatkan sebuah beg sukan edisi terhad MILO® dalam empat rekaan bergaya.

Semua bungkusan stik pek dan ‘sachet’ di bawah rangkaian MILO® Mixes, termasuk MILO® Kosong, MILO® Less Sugar, MILO® 3-in-1, MILO® with Whole Grain Cereal, serta MILO® Nutri Breakfast (varian Pisang dan Biji-bijian) layak di bawah inisiatif MILO® Stik Pek X-Change. Setiap produk mewakili 1 atau 2 mata, dan sejumlah 50 mata diperlukan bagi menebus satu beg sukan MILO®.

MILO® Stik Pek X-Change menandakan satu pencapaian penting dalam usaha MILO® memacu kelestarian alam sekitar. Menurut Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “MILO® Stik Pek X-Change merupakan cara kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan tabiat pengurusan sisa dengan mudah dan berkesan dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga merupakan sebahagian daripada MILO® Sayang Bumi, satu kempen yang menyatukan inisiatif-inisiatif lain yang kami laksanakan demi kelestarian alam sekitar.”

Sasaran inisiatif ini adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin stik pek MILO terpakai, namun ia tidak berakhir di situ. Sebahagian daripada stik pek yang dikumpulkan itu akan digunakan semula bagi menghasilkan kraftangan MILO® yang unik oleh empat komuniti setempat yang berganding bahu ke arah matlamat bersama dalam melindungi alam sekitar, iaitu Upcycled Shack, Inspirasi Kreatif, Nerine Ong dan Helping Hands Penan.

“Penggunaan semula sisa (upcycling) merupakan satu cara kreatif untuk mengurangkan sisa plastik. Dengan memberikan nafas baharu kepada bungkusan stik pek terpakai, kami ingin menawarkan alternatif untuk mengurangkan sisa plastik seperti yang ditunjukkan oleh rakan-rakan komuniti kami, di samping memberi inspirasi kepada pengguna kami. Kami berharap rakyat Malaysia akan menyertai kami dalam mengorak langkah pertama yang penting ini,” tambah Ng.

Impak positif MILO® Stik Pek X-Change bukan setakat terhad kepada alam sekitar sahaja, malah kerjasama dengan komuniti setempat ini turut membantu komuniti yang memerlukan dengan menyediakan peluang menjana pendapatan menerusi penghasilan kraftangan yang mesra alam. Seramai 500 peserta bertuah berpeluang memiliki salah satu daripada koleksi kraftangan MILO® unik ini pada penghujung kempen.

Sertai usaha MILO® menyalurkan tenaga demi kelestarian alam sekitar dengan MILO® Stik Pek X-Change. Untuk maklumat lanjut, layari: https://milo.com.my/stikpekxchange


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *