Archive for: July 2025

(HIBURAN) Label R&B Alternatif Korea, you.will.knovv Bawakan Tabber, Rad Museum dan Miso ke Malaysia pada 4 Oktober Ini

Kuala Lumpur, 11 Julai 2025 – Peminat muzik R&B alternatif Korea pasti teruja apabila label terkenal, you.will.knovv, mengumumkan jelajah Asia pertama mereka yang bakal membawa tiga artis utama ke pentas dan Malaysia turut tersenarai dalam lokasi jelajah! Read more →

(HIBURAN) Jung Yong Hwa (CNBLUE) Akan Adakan Konsert Solo Pertama di Malaysia Pada 14 September

Kuala Lumpur, 10 Julai 2025 – Jung Yong Hwa, idola serba boleh dari Korea Selatan yang juga dikenali sebagai vokalis utama kumpulan terkenal CNBLUE, bakal kembali ke Malaysia untuk penampilan solonya yang pertama di negara ini! Read more →

(HIBURAN) Tanpa ‘Break’, Misha Omar Umum 29 Nov Ini Tanggal Konsert “DiA Misha Omar”

Saat Misha Omar mengatakan beliau akan melaksanakan sebuah konsert berskala besar pada tahun 2025,  penghibur berprolifik itu tidak ‘main-main’. Misha Omar tidak memberi janji kosong atau sekadar mahu meninjau pasaran dirinya masih relevan dengan bertanya masihkah peminat mempunyai rasa untuk menyaksikan beliau di atas panggung. Read more →

(SEMASA) HABIB KEKAL KOMITED DALAM INISIATIF PEMULIHARAAN MENERUSI  KOLEKSI WAFER EMAS 999.9 HABIB X ZOO NEGARA YANG MENAMPILKAN CAPYBARA DAN OYEN

AMPANG — HABIB, jenama barangan kemas terkemuka Malaysia, mengumumkan komitmen berterusan terhadap pemuliharaan hidupan liar menerusi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Zoo Negara. Sumbangan ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan haiwan serta penyelenggaraan kemudahan di Zoo Negara sentiasa terpelihara. Read more →

(HIBURAN) Kemunculan Perdana Melalui Midnight Fusic Forevermore 2025

Ditubuhkan pada tahun 2013, Midnight Fusic sudah membikin komuniti peminat tersendiri malah membina nama di Malaysia dan luar negara. Menimba pengalaman satu persatu melalui persembahan pentas, Midnight Fusic dianggotai Arif Kamarudin (vokal, gitar), Adrian Danial (vokal, gitar), Firdaus Azmi (bass), dan Muaz Rabbani (dram). Muzik mereka menggabungkan pengaruh rock alternatif yang kuat dengan pop yang kaya, menampilkan cangkuk yang menarik, vokal emotif dan instrumentasi dinamik yang menarik minat peminat rock dan pendengar arus perdana. Read more →