(SEMASA) ARC Helmet Lancar XRS Sepang 26 Limited Edition Pada Harga RM330, Perkenal Helmet Karbon Seberat 1,100 Gram

Spread the love

SEPANG, 30 Oktober 2026 – Sempena MotoGP Malaysia 2026, ARC Helmet memperkenalkan ARC XRS Sepang 26 Limited Edition, koleksi eksklusif berkonsepkan “Racing Adrenaline” yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan motosikal serta gabungan warna yang mencerminkan identiti Malaysia.
Dibangunkan mengikut piawaian keselamatan antarabangsa ECE 22.06, ARC XRS dilengkapi pelbagai ciri praktikal termasuk built-in sun visor, click-release visor, Pinlock ready, lapisan dalaman boleh ditanggalkan dan dicuci serta rekaan mesra pengguna berkaca mata. Aspek pengudaraan dan aerodinamik turut diberi perhatian bagi memastikan keselesaan ketika tunggangan, khususnya dalam cuaca tropika Malaysia.

ARC XRS Sepang 26 Limited Edition ditawarkan pada harga RM330 dan boleh didapati secara eksklusif di Sepang International Circuit sepanjang MotoGP Malaysia 2026, dari 30 Oktober hingga 1 November 2026.

ARC Lite™ Ritz Carbon Bakal Hadir Dengan Berat Serendah 1,100 Gram

Dalam perkembangan sama, ARC turut memperkenalkan ARC Lite™ Ritz Carbon, helmet premium berasaskan gentian karbon yang menekankan aspek ringan, keselesaan dan kemasan eksklusif. Model ini dijangka memasuki pasaran pada Januari 2027 dengan tiga pilihan kemasan iaitu Forged Carbon, Twill Weave dan Plain Weave.

Antara ciri yang diketengahkan termasuk material dalaman premium Alcantara® serta sistem pengikat Magnesium D-Ring bagi membantu mengurangkan berat keseluruhan. Melalui gabungan material dan pembinaan tersebut, ARC Lite™ Ritz Carbon menyasarkan berat serendah 1,100 gram.

Pengenalan kedua-dua model ini mencerminkan komitmen ARC Helmet dalam memperkukuh rangkaian produknya menerusi gabungan keselamatan, keselesaan, inovasi material dan reka bentuk moden, selain memberi peluang kepada peminat permotoran untuk melihat sendiri perkembangan terbaharu jenama ini sempena MotoGP Malaysia 2026.

#ARCHelmet #MotoGPMalaysia2026 #ARCXRS #ARCLite #Sepang2026


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *