SEPANG, 30 Oktober 2026 – Buat julung kalinya, jenama kelengkapan motosikal tempatan, FTG, mengorak langkah ke hadapan dengan menyertai pameran MotoGP Malaysia 2026 di Sepang International Circuit, dari 30 Oktober hingga 1 November.
Bersempena acara ini, FTG memperkenalkan koleksi kemeja-T eksklusif bertemakan Sepang dan FTG Official Crew pada harga RM45 sehelai atau RM120 untuk tiga helai.
Turut menjadi tarikan ialah FTG Raincoat Pro+, yang telah digunakan dan diuji oleh lebih 100 penunggang Malaysia dalam ekspedisi merentasi pelbagai benua. Versi terkini hadir dengan penambahbaikan benang (yarn) untuk pengeringan lebih pantas serta lapisan seam sealant lebih tebal bagi meningkatkan ketahanan. Harga promosi ditawarkan pada RM149.
FTG turut mempamerkan pelbagai koleksi sarung tangan motosikal dengan harga bermula RM25 hingga RM138.
Paling menarik, FTG memperkenalkan prototaip interkom M1 dan M1+ yang menggunakan teknologi Mesh, berbeza daripada siri F30 dan F50. Model M1+ disasarkan menyokong komunikasi sehingga 40 penunggang.
Kedua-dua model dijangka memasuki pasaran sekitar Mei 2027, dengan anggaran harga RM428 (M1) dan RM489 (M1+).
Penyertaan sulung ini menjadi satu lagi langkah penting FTG dalam memperkukuh kedudukan jenama tempatan di pentas permotoran antarabangsa.
#ftgaragehelmet
(SEMASA) Jenama Anak Tempatan FTG Buat Penampilan Sulung di MotoGP Malaysia 2026, Perkenal Teknologi Interkom Mesh M1 dan M1+
Spread the love
Spread the love
