(SEMASA) Anugerah Penjual Shopee Iktiraf Peniaga Cemerlang Di Seluruh Malaysia

Spread the love

Kuala Lumpur, 28 November 2018 – Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan telah memberi penghargaan kepada komuniti penjualnya yang semakin bertambah di majlis penyampaian Anugerah Penjual Shopee 2018 (Shopee Seller Awards 2018). Acara gilang-gemilang tersebut dihadiri oleh YB Datuk Muez bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Kepenggunaan dan Pengurusan, Dato Azlan Shahrim, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pos Laju, dan juga selebriti seperti Nora Danish dan Zoey Rahman. Jenama-jenama utama termasuk Nestlé, Honor, dan Digi telah berkongsi pentas bersama selebriti sambil meraikan kejayaan tahun yang cemerlang bagi Shopee.

 

“Sejak dibuka pada 2015, kami telah mengatasi jangkaan yang kami tetapkan sendiri dan 2018 merupakan satu lagi tahun yang mencatatkan mercu jaya penting, termasuk Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran11.11 Shopee) yang menerima 11 juta pesanan di seluruh rantau pada 11 November sahaja. Kami juga memperkenalkan BLACKPINK sebagai duta jenama serantau pertama sempena Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee), lantas mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai platform e-dagang yang terulung di rantau ini. Sempena sambutan ulang tahun ini, kami menganjurkan Anugerah Penjual Shopee 2018 sebagai tanda penghargaan kepada penjual, jenama dan rakan niaga yang menjadi tunggak kejayaan besar kami setakat ini. Kami terhutang budi kepada mereka atas sokongan berterusan mereka dan malam istimewa ini ditujukan khas buat mereka,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Peniaga Cemerlang dan Penjual Terbaik Tahun ini

Sejumlah 14 anugerah telah disampaikan di Anugerah Penjual Shopee 2018 sebagai  penghormatan kepada penjual terbaik meliputi pelbagai kategori dagangan, termasuk Gaya Hidup, Telekomunikasi, Fesyen dan Elektronik. Anugerah utama yang disampaikan ialah  Penjual Terbaik Tahun 2018 bagi Shopee Mall dan Marketplace. Untuk menjadikan acara lebih menarik, pengguna boleh mengundi untuk menentukan penerima Anugerah Selebriti Pilihan Ramai di aplikasi Shopee.

Nestlé dan Mono Digital dinobatkan sebagai pemenang utama pada malam tersebut, masing-masing membawa pulang Penjual Terbaik Tahun 2018 bagi Shopee Mall dan Marketplace. Di samping itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memenangi Anugerah Selebriti Pilihan Ramai, berasaskan undian pengguna Shopee untuk gedung rasminya SimplySiti di Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee).

Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif Jualan, Nestlé Malaysia Berhad berkata, “Kami berbesar hati untuk memenangi Anugerah Penjual Terbaik Tahun 2018 daripada Shopee. Seiring dengan perkembangan e-dagang di Malaysia, kami berbangga untuk memanfaatkan pertumbuhan ini bersama Shopee. Kami yakin anugerah ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai syarikat FMCG utama di Malaysia dan membulatkan tekad kami untuk terus membekalkan makanan sihat kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan kualiti kehidupan. Nestlé memberi tumpuan terhadap matlamat kami untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan membantu mewujudkan masa depan yang lebih sihat.”

Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin menambah, “Semasa kami baru memulakan perniagaan SimplySiti pada 2010, kami mendapati wujud keperluan dan pasaran bagi jenama kecantikan mewah tempatan yang mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa. Analisis kami ternyata tepat kerana SimplySiti telah berkembang maju untuk menjadi salah satu daripada jenama yang paling terkenal di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Apabila kami membuat keputusan untuk menyertai Shopee pada November 2016, kami sudah membangunkan ciri e-dagang di laman web kami tetapi melihat potensi dan nilai yang boleh dibawa oleh Shopee kepada jenama kami. Pada hari ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Shopee atas semua pencapaiannya dan kami berbangga untuk menerima anugerah ini sebagai pengiktirafan daripada pelanggan dan Shopee, dan sememangnya SimplySiti merupakan pilihan sebenar pengguna.”

“Kami berbangga untuk menerima anugerah Penjual Terbaik Shopee Tahun 2018 bagi kategori Marketplace. Kami mengucapkan terima kasih kepada Shopee dan para peminat kami atas pengiktirafan dan sokongan luar biasa yang diberikan. Kami akan meneruskan usaha gigih kami untuk menawarkan nilai lebih hebat bagi barangan elektronik pengguna dengan harapan untuk menang sekali lagi!” tambah Gary Lum, Pengasas Mono Digital.

Shopee capai tahun cemerlang dengan pertumbuhan pengguna 150%

 Shopee catatkan pertumbuhan mantap pada suku ketiga 2018, dengan peningkatan Pesanan Kasar dan Nilai Pembarangan Kasar (GMV) masing-masing sebanyak 24.0% dan 21.1% berbanding suku kedua. Shopee juga mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi beli-belah dalam talian pilihan di rantau ini dengan pertambahan bilangan pengguna sebanyak 150% sepanjang tempoh setahun. Tahun ini sememangnya hebat bagi Shopee Malaysia, dengan pencapaian penting berikut:

  • Kira-kira 16 juta muat turun setakat ini;
  • Kira-kira 600 jenama dan rakan niaga runcit di Shopee Mall, termasuk jenama utama seperti Watsons, MR DIY dan VOIR;
  • Hampir 400,000 penjual aktif;
  • Dan kira-kira 450 kakitangan yang berkhidmat kepada penjual dan pembeli kita.

Timbalan Ketua Setiausaha Kepenggunaan dan Pengurusan daripada Kementrian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Muez bin Abd Aziz berkata, “Kami gembira untuk melihat platform e-dagang seperti Shopee berkembang  maju dan pesat dalam tempoh hanya tiga tahun. Shopee memberi pelbagai peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan dengan hanya menekan satu butang. Kerajaan berharap peluang seperti ini menjadi insentif dan galakan kepada PKS untuk berjaya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Shopee atas segala kejayaannya dan berharap ia terus berkembang dan mencetus pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.”

 

Shopee 12.12 Birthday Sale: Shopee raikan ulang tahun bersama jenama utama

Bermula pada 26 November, Shopee 12.12 Birthday Sale menawarkan promosi harian selama hampir 3 minggu sehingga kemuncak acara pada 12 Disember untuk mengakhiri tahun yang hebat.  Pengguna boleh menikmati penghantaran percuma dengan pembelian serendah RM12, pulangan tunai 120% setiap hari, dan tawaran harian serendah RM12 daripada Shopee Mall sepanjang tempoh promosi.

Jenama terkenal seperti Philips, Fossil, MR DIY, Tefal, PETPET, L’Oreal Group, Watsons dan banyak lagi juga akan menyertai perayaan ulang tahun Shopee dengan diskaun sehingga 90%, Shocking Sales, dan hadiah eksklusif.

Rakan Shopee dalam industri, termasuk FPX, BInfinite, Krispy Kreme, dan Traveloka akan juga memberi ganjaran kepada pengguna sepanjang Shopee 12.12 Birthday Sale. Sebagai contoh, Krispy Kreme akan melancarkan donut Shopee edisi terhad untuk merayakan ulang tahun Shopee di kesemua 17 kedainya di seluruh Malaysia, manakala semua pengguna boleh mendapat 3 donut ‘original glazed’ percuma dengan setiap pembelian setengah dozen donut dari 1 hingga 20 Disember.

Ho merumuskan, “Segala yang kami lakukan, baik acara seperti Shopee 12.12 Birthday Sale mahupun inisiatif Anugerah Penjual Shopee menjadi wadah untuk kami menunjukkan penghargaan kami kepada semua pengguna setia kami di Malaysia. Menjelang penghujung tahun 2018, kami dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bagi anda sepanjang tahun. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai Shopee 12.12 Birthday Sale sambil kami meraikan satu lagi tahun cemerlang dalam pengembaraan Shopee.”

 

*Untuk senarai lengkap pemenang anugerah, sila rujuk kepada Lampiran 1 di bawah

Anugerah Jenis Anugerah Pemenang
Terbaik dalam Gaya Hidup Shopee Marketplace Odoso
Terbaik dalam Gaya Hidup Shopee Mall MR DIY
Terbaik dalam Fesyen Shopee Marketplace Grimo
Terbaik dalam Fesyen Shopee Mall VOIR
Terbaik dalam Barangan Pengguna Shopee Marketplace Wako
Terbaik dalam Barangan Pengguna Shopee Mall Watsons
Terbaik dalam Elektronik Shopee Marketplace iBeli
Terbaik dalam Elektronik Shopee Mall Honor
Terbaik dalam Gaya Hidup Shopee Marketplace BHP
Terbaik dalam Telekomunikasi Rakan Niaga Digi
Terbaik dalam Perkhidmatan Kewangan Rakan Niaga FPX
Anugerah Selebriti Pilihan Ramai RakanNiaga Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Penjual Terbaik Tahun 2018 Shopee Marketplace Mono Digital
Penjual Terbaik Tahun 2018 Shopee Mall Nestlé

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *