(SUKAN) Presiden Baharu MMA, Rashid Salleh mahu bangunkan MMA di negara ini melalui ONE Championship dan fokus ke Sukan Olimpik 2028.

Spread the love

Rashid Salleh adalah peminat tegar seni mempertahankan diri campuran (MMA). Justeru, bukan satu kejutan apabila pelakon dan juga pengulas sukan itu baru-baru ini dilantik sebagai Presiden Persatuan Seni Mempertahankan Diri Campuran (MASMMAA)

Sebaik dilantik, tiada sebarang majlis mahupun pengumuman besar dilakukan oleh Rashid, sebaliknya beliau memilih untuk terus memberikan tumpuan dan fokus kepada perkembangan sukan itu melalui organisasi seni mempertahankan diri terbesar dunia, ONE Championship dengan satu matlamat iaitu – Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Tanggungjawab saya sebagai Presiden MASMMAA adalah cukup jelas, saya ingin mewujudkan lebih banyak kesedaran selain membangunkan senario seni mempertahankan diri campuran di Malaysia.

“Pelan jangka panjang adalah untuk merealisasikan impian untuk melahirkan atlit negara bila MMA menjadi sebahagian daripada Olimpik 2028. Oleh itu, adalah sangat jelas bahawa MMA di Malaysia memerlukan pelan pembangunan bermula sekarang,” kata anak kelahiran Bumi Kenyalang itu.

Jawatankuasa MASMMAA dilantik pada pertengah Oktober lalu, di mana, selain Rashid Salleh, ia turut menampilkan beberapa artis terkenal dalam seni mempertahankan diri, yang pernah mempamerkan kehebatan masing-masing di ONE Championship.

Ann Osman turut berperanan sebagai  Naib Presiden, manakala, tiga lagi atlit ONE Championship juga dilantik sebagai pegawai kebajikan atlit – Peter Davis, Agilan “Alligator” Thani and Saiful “The Vampire” Merican.

 “MASMMAA sangat bertuah kerana kita mempunyai atlit ONE Championship sebagai ahli jawatankuasa.

 “Ann Osman akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk atlit wanita dan pengalaman beliau sebagai pendukung MMA bakal memberi faedah yang besar untuk kita. Di samping itu,  Jihin “Shadowcat” Radzaun juga sudah mula mencipta nama untuk dirinya sendiri di ONE Championship, sekali gus, menjadikan masa depan atlit wanita MMA semakin cerah.

Tambahnya, “Adalah penting untuk menyatukan sukan ini dan perkara itu hanya boleh dilakukan jika kita memahami objektik masing-masing. Sudah tentu, sebagai badan yang diberi kebenaran untuk MMA di Malaysia, ini akan mengeratkan lagi hubungan kita.

Pelakon yang terkenal dalam sitkom tempatan “Kopitiam” itu juga berkata, sejajar dengan matlamatnya, keselamatan atlit adalah keutamaan MASMMAA.

 “MASMMAA ingin mewujudkan satu hubungan dengan semua promosi di seluruh negara supaya sejajar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

“Ia bagi membolehkan kelulusan promosi difahami dan sudah tentu, keselamatan dan kebajikan atlit terbabit turut ditangani bagi memastikan kelancaran acara MMA di Malaysia,” katanya dengan tegas.

Di Malaysia, beberapa promosi sudah cuba untuk membawa sukan ini ke peringkat lebih tinggi.

Antaranya Ultimate Beatdown’s, Malaysia Full Contact Martial Arts, Golden Warriors Fight Championship, Malaysian Fight Fest, dan platfrom terbesar amatur  negara, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MIMMA).

Rashid yang juga merupakan salah seorang ahli penting MIMMA, selain menjadi hos serta penulis skrip MIMMA daripada 2013 hingga 2016, turut mengakui walaupun mempunyai jumlah peminat yang semakin berkembang, sukan ini masih baharu untuk rakyat Malaysia.

 “Kita mesti ingat walaupun terdapat suara di media sosial dan juga saluran media lain, sukan ini masih baharu di Malaysia. Kita masih perlu bekerjasama dengan beberapa persatuan seni mempertahankan diri yang lain untuk mendapatkan kepercayaan serta kredibiliti untuk sukan ini dan ia adalah perkara yang perlu diberi perhatian.

 “Usaha untuk menyatukan semua dan berkongsi pengetahuan adalah sangat penting dalam memacu MMA di Malaysia. Oleh itu, jawatankuasa baharu sudah mula mencari jalan untuk memastikan usaha terbabit terus berjalan. Masih banyak kerja yang harus dilakukan.

Rashid yang juga bakal membintangi filem pertama MMA, Sangkar, yang akan ditayangkan pada Mei tahun depan.

Filem dibintang ONE Championship’s Jihin “Shadowcat” Radzuan, akan turut menampilkan personalitinya apabila The Home Of Martial Arts kembali beraksi di Axiata Arena, Kuala Lumpur dengan  ONE: DESTINY OF CHAMPIONS.

Sama ada dalam sangkar,  atau di luar sangkar, sebagai pelakon mahupun ketika bekerja di pejabat, beliau terus berusaha untuk membawa sukan itu ke tahap lebih tinggi dan tiada yang lebih layak selain Rashid Salleh sebagai Presiden MMA.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *