(SUKAN) ONE CHAMPIONSHIP MENGANJURKAN ONE: DESTINY OF CHAMPIONS LATIHAN TERBUKA DI KUALA LUMPUR

Spread the love

4 Disember 2018 – Kuala Lumpur, Malaysia: Hartanah media sukan terbesar dalam sejarah Asia  ONE Championship™ (ONE), baru-baru ini secara rasmi mengadakan latihan terbuka ONE: DESTINY OF CHAMPIONS di Kuala Lumpur, menampilkan bintang handalan dalam sukan seni mempertahankan diri tanah air. Turut hadir atlet ONE Championship antaranya bekas pencabar gelaran Dunia ONE Agilan “Alligator” Thani, peninju flyweight terbaik Gianni Subba, bintang yang sedang melonjak naik Jihin “Shadow Cat” Radzuan dan pendatang baharu Mahmoud “Jordan Boy” Mohammed.

Maklumat lanjut untuk tiket ONE: DESTINY OF CHAMPIONS boleh didapati di www.onefc.com.

Agilan Thani, atlet ONE, berkata:

“Lawan saya pada kali ini adalah agak sukar. Pada peringkat ini, setiap lawan adalah merbahaya dan kita tidak boleh memandang rendah pada sesiapa. Divisyen welterweight dalam ONE Championship adalah sangat dalam dan banyak pendatang baharu. Saya sentiasa perlu memastikan saya berada dalam keadaan terbaik. Saya tidak pernah berhenti bekerja dan saya perlu melakukan segala-galanya yang termampu untuk menjadi terbaik. Saya sudah bekerja dengan gigih mempersiapkan diri untuk perlawanan ini kerana saya ingin menunjukkan bahawa saya layak berada di tangga atas. Saya mahu menunjukkan skill dan kemahiran saya pada perlawanan Jumaat ini.

 

Gianni Subba, atlet ONE, berkata:

“Ma Hao Bin adalah lawan yang muda dan kuat. Beliau mempunyai kehebatan pergerakan dan kardio. Saya juga merasakan beliau sangat agresif. Saya teruja untuk menguji pergerakan saya dengan beliau. Saya sudah membuat banyak persiapan di Kuala Lumpur dan juga dengan kumpulan MMA Bali. Saya sudah bekerja keras dalam semua aspek permainan saya – serangan, cengkaman. Saya harap dapat memberikan persembahan terbaik di Arena Axiata. Saya ingin meningkatkan persaingan dalam perlawanan ini dan merebut kemenangan. Saya tahu pihak lawan akan melakukan perkara yang sama, jadi saya harus bersedia.

 

Jihin Radzuan, atlet ONE, berkata:

“Menjadi atlet ONE adalah satu hikmah kepada diri saya. Saya dapat melakukan apa yang saya cintai dan mewakili negara di peringkat antarabangsa dalam pertandingan seni mempertahankan diri. Perasaan ketika berjalan menuruni tanjakan dengan menggalas bendera Malaysia di atas bahu adalah perasaan yang sangat hebat. Adalah menjadi satu penghormatan kepada saya untuk bertanding menentang pemain terbaik dunia. Perlawanan akan datang ini akan menjadi satu ujian yang bagus untuk saya. Saya bakal berdepan bekas pencabar Juara Dunia ONE dan saya rasa itu akan menguji kemahiran saya. Saya tidak sabar untuk berada di sana dan menunjukkan hasil usaha keras saya selama ini.”

Mahmoud Mohammed, atlet ONE, berkata:

“Saya berbangga diberi penghormatan untuk berjalan seiring dengan hero Malaysia – mereka yang selama ini saya sokong dan teladani. Malah, sebelum saya menyertai ONE Championship, saya sudah berbanggan dengan hero kita. Saya sangat bersyukur kepada ONE kerana memberikan saya peluang ini. Saya menganggap diri saya sebagai atlet teknikal. Saya sentiasa menunjukkan kesabaran dalam menyerang dan pertahanan. Sebaik saja saya mendapat gambaran mengenai lawan, pada waktu itulah saya akan cuba mencari peluang dan memanfaatkannya. Untuk perlawanan pertama, saya akan memberikan penonton persembahan yang baik dan membawa pulang knockout.

Untuk perkembangan Kejuaraan ONE, sila layari www.onefc.com, ikuti kami di Twitter dan Instagram @ONEChampionship, serta like kami di Facebook di https://www.facebook.com/ONEChampionship.

About ONE Championship™

ONE Championship (ONE) adalah hartanah media sukan terbesar dalam sejarah Asia dan juga produser terbesar rancangan isi kandungan sukan secara langsung di Asia. Berpengkalan di Singapura, ONE Championship adalah “Rumah” bagi seni mempertahankan diri dan menganjurkan pelbagai acara hiburan sukan berskala besar, antaranya Muay Thai, Kickboxing, Karate, Kung Fu, Silat, Sanda, Lethwei, Mixed Martial Arts, Tae Kwon Do, Submission Grappling dan banyak lagi. ONE menganjurkan acara terbesar hiburan sukan seni mempertahankan diri di seluruh Asia, dengan menampilkan artis seni mempertahankan diri terbaik dunia menerusi penyiaran media terbesar antarabangsa di Asia. ONE eSports, adalah subsidari ONE Championship, yang menguruskan siri eSports Championship terbesar Asia dengan gelaran perlawanan blokbuster terbesar dunia. ONE Championship menyiarkan lebih 1.7 bilion penonton berpotensi di 136 negara di seluruh dunia dengan beberapa penyiar global terbesar termasuk Fox Sports, ABS-CBN, Astro, ClaroSports, Bandsports, Startimes, Premier Sports, Thairath TV, Skynet, Mediacorp, OSN, dan banyak lagi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *