Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013. Festival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia. Persembahan kebudayaan yang akan berlangsung selama 2 minggu meliputi perlbagai macam persembahan, seperti teater, tarian, muzik, filem, saster, seni visual, seni kreatif, dan sajian makanan. Setiap tahun, Festival OzAsia akan meilih satu negara Asia sebagai tema utama. Untuk tahun 2013 ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tema inspirasi Festival OzAsia. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Lawak Warna Astro 2013
Anugerah Lawak Warna 2013 sudah pun menutup tirainya dan segala teka – teki telah terjawab apabila kesemua pemenang untuk 15 kategori serta dua Anugerah Khas Juri diumumkan. Anugerah Lawak Warna 2013 yang buat pertama kalinya diadakan oleh pihak Astro untuk memartabatkan lagi karya-karya komedi selain menghargai penglibatan para pelawak dalam industri seni tanah air. Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi 15 kategori utama yany dipertandingkan : Read more →
(HIBURAN) Shahrukh Khan & Friends “Temptation Reloaded” Live In Malaysia
Datuk Shahrukh Khan & Friends “Temptation Reloaded” Live In Malaysia 2013 is anticipated to be the biggest Bollywood concert this year and is scheduled to be held at the Stadium Nasional in Bukit Jalil, Kuala Lumpur, on 11th October 2013. “Temptation Reloaded” is the second edition of the world famous and highly successful Temptation Tour which toured 45 cities in 2004, with superstar supremo Datuk Shahrukh Khan as the heart and soul of the tour. Its has been reloaded and is expected to be even bigger and better than the first, and Kuala Lumpur is one of the few fortunate cities to be able to experience the grandeur of its live production. No Bollywood fan should miss this spectacular event, in their lifetime. Read more →
(HIBURAN) Movie : UNBEATABLE
Menjadikan seni mempertahankan diri campuran (Mix Martial Art – MMA) sebagai skop penceritaan, UNBEATABLE yang merupakan filem aksi terbaru arahan pengarah Dante Lam. Menampilkan pelakon yang tidak asing lagi di arena perfileman dan drama di Hong Kong iaitu Nick Cheung, filem ini merupakan antara naskah terbaik lakonan beliau. Bergandingan dengan pelakon Eddie Pang dan bintang muda yang berasal dari Malaysia iaitu Crystal Lee, filem ini sarat dengan adegan aksi, kesedihan serta kegembiraan yang diselang seli dengan babak-babak lucu tentang kekeluargaan, kesetiaan dan keazaman untuk berusaha menjadi yang lebih baik. Filem ini mengisahkan Ching Fai lakonan Nick Cheung yang lari dari permasalahan hutang dan bersembunyi di Macau. Di Macau beliau bertemu dengan seorang peninju muda lakonan Eddie Pang yang memegang watak Qi yang berminat untuk menjadi seorang peninju seni bela diri campuran atau Mix Martial Art (MMA) yang bercita-cita tinggi untuk bertarung di satu pertandingan seni bela diri campuran atau Mix Martial Art (MMA) yang menawarkan ganjaran yang lumayan. Qi yang berdepan dengan karenah ayahnya seorang hartawan yang muflis setelah gagal di dalam perniagaan beliau amat setia menjaga ayahnya. Read more →
(HIBURAN) Slot Drama Terbaru di AKASIA ‘Cinta Jannah’
Cinta tidak boleh dipaksa, kadang-kadang cinta boleh datang dan pergi dengan sekelip mata. Perlukah kita berbohong demi meraih cinta sejati? Adakah campur tangan keluarga dapat menghalang dua hati yang sudah terpaut? Dengan gandingan dua pelakon muda yang sedang meningkat naik, Aeril Zafrel yang sedang meniti nama di Hollywood bersama pelakon jelita yang popular dengan drama ‘Setia Hujung Nyawa’, pasti gabungan pelakon dan jalan cerita yang mantap, drama terbaru untuk slot Akasia, ‘Cinta Jannah’ bakal melakar sejarah memecah box office setanding dengan ‘Teduhan Kasih’ yang berjaya menambat hati jutaan rakyat Malaysia. Read more →



