(HIBURAN) Movie : UNBEATABLE

Spread the love

Unbeatable_newcropsmall

Menjadikan seni mempertahankan diri  campuran (Mix Martial Art – MMA) sebagai skop penceritaan, UNBEATABLE  yang merupakan filem aksi terbaru arahan pengarah Dante Lam. Menampilkan pelakon yang tidak asing lagi di arena perfileman dan drama di Hong Kong iaitu Nick Cheung, filem ini merupakan antara naskah terbaik lakonan beliau. Bergandingan dengan pelakon Eddie Pang dan bintang muda yang berasal dari Malaysia iaitu Crystal Lee, filem ini sarat dengan adegan aksi, kesedihan serta kegembiraan yang diselang seli dengan babak-babak lucu tentang kekeluargaan, kesetiaan dan keazaman untuk berusaha menjadi yang lebih baik. Filem ini mengisahkan Ching Fai lakonan Nick Cheung yang lari dari permasalahan hutang dan bersembunyi di Macau. Di Macau beliau bertemu dengan seorang peninju muda lakonan Eddie Pang yang memegang watak Qi yang berminat untuk menjadi seorang peninju seni bela diri campuran atau Mix Martial Art (MMA) yang bercita-cita tinggi untuk bertarung di satu pertandingan seni bela diri campuran atau Mix Martial Art (MMA) yang menawarkan ganjaran yang lumayan. Qi yang berdepan dengan karenah ayahnya seorang hartawan yang muflis setelah gagal di dalam perniagaan beliau amat setia menjaga ayahnya.  Qi cuba membuktikan kepada ayahnya yang beliau ingin menjadi yang terbaik selepas selama ini beliau menjalani kehidupan yang penuh keseronokan tanpa berkerja dan secara tidak langsung menjadi sasaran kemarahan bapa beliau yang menganggap beliau tidak serius dalam kehidupan. Watak Ching Fai (Nick Cheung) pula digambarkan sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri semasa berada di kemuncak kerjaya sebagai peninju. Ching Fai yang dulunya merupakan juara tinju di Hong Kong, telah membuat kesilapan kerana mengambil wang hasil pertaruhan dan menyebabkan beliau ditangkap dan akhirnya segala kemasyhuran beliau lenyap begitu sahaja. Akibat banyak berhutang dengan lintah darat beliau melarikan diri ke Macau dan berkerja di sebuah Gym yang menemukan beliau dengan Qi (Eddie Pang). Demi meneruskan kehidupan , Ching Fai tinggal sebumbung dengan satu keluarga yang berpecah belah dimana beliau mengenali seorang anak kecil lakonan bintang muda dari Malaysia iaitu Crystal Lee yang memegang watak “ Dani “ yang tinggal bersama ibunya yang mempunyai sedikit masalah jiwa. Kehadiran Ching Fai di dalam keluarga ini sikit sebanyak mengeruhkan keadaan keluarga ini dan secara tidak langsung beliau cuba untuk membetulkan kembali situasi permasalahan yang berlaku. Sebagai penonton , kita dapat menyelami kesusahan anak kecil ini untuk menjaga ibu beliau yang sakit dari segi mental serta  jiwanya dan pelakon cilik ini berjaya membawakan watak ‘Dani” dengan berkesannya. Belum pun ditayangkan pada umum, filem ini telah pun menempah kejayaan awal mereka apabila Nick Cheung dan Crsytal Lee yang berumur 10 tahun ini telah menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada majlis Anugerah The Sixteenth Shanghai International Film Festival (SIFF).

UNBEATABLEsmall

Movie: UNBEATABLE

Release date: 15 Aug 2013

Language: Cantonese

Genre: Modern Action

Director: Dante Lam

Casts: Nick Cheung, Eddie Peng, Andy On, Crystal Lee

Synopsis

After a stint in prison for participating in fixed boxing, former boxing champ Fai (Nick Cheung) is knee-deep in debt with no solution in sight. To escape his debtors, Fai escapes to Macau and works in a gym as an assistant instructor in weight loss classes. With no money, Fai is arranged to share a house with recovering mental patient Gwen and her ten-year-old daughter Dan. Even though their co-existence starts out as hostile, it slowly turns into a family-like bond – with Fai acting as the pair’s protector.

Hot-blooded Qi (Eddie Peng) was once the son of a rich man in Mainland China. However, the family business failed, sending his dad into alcohol-fueled depressing and forcing Qi to take up construction jobs in Macau. To inspire his father to stand up again, Qi enters an open MMA competition and starts training at Fai’s gym.

With Fai as trainer and Qi as the fighter, the pair’s hard work pays off with consecutive wins in the tournament. The victories even inspire Qi’s father to find his footing and get back up. However, Qi’s ultimate opponent in the tournament is Lee (Andy On), a fighter best known for his ferocity.

Qi is severely injured by Lee and in critical condition. Ignited by Qi’s persistence, Fai rediscovers his will to fight and challenges Lee to a battle in the ring. How far will Fai take to regain his pride?


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *