Program realiti Bintang Mencari Bintang melakukan kelainan apabila tidak ada penyingkiran berlaku di akhir program konsert separuh akhir kedua semalam. Sementara itu, anak didik Afdlin Shauki, Bochik mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya memikat juri profesional, undian SMS dan juri awam dengan mendahului markah keseluruhan tertinggi 68 markah. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) Pelancaran Album ONCE
Elfonda ‘Once’ Mekel atau lebih dikenali sebagai ONCE merupakan seorang bintang yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Once telah mula dikenali sejak beliau menganggotai Dewa pada tahun 1999. Dewa yang telah beberapa kali mengalami pertukaran ahli pernah mendapatkan khidmat Once sebagai vokalis utama yang sebelum ini dipegang oleh Ari Lasso. Namanya melonjak naik selari dengan populariti Dewa yang mendapat perhatian menerusi beberapa album termasuk “Bintang Lima”, “Cintailah Cinta”, “Atas Nama Cinta I & II”, dan “Republik Cinta”. Kumpulan ini juga begitu popular dengan dengan beberapa lagu hit seperti “Pupus”, “Arjuna”, “, “Separuh Nafas”, “Sayap-sayap Patah”, “Laskar Cinta”, “Sedang Ingin Bercinta”, dan banyak lagi! Tanpa hanya bertumpu pada negara asal kumpulan ini, iaitu Indonesia, lagu-lagu oleh Dewa juga turut mendapat sambutan yang hebat di Malaysia!. Read more →
(HIBURAN) Planet Kiara musim ke-2
Sekali lagi Pusat Sains Negara (PSN)dengan terbitan bersama Bleu Nagas Productions menampilkan drama Planet Kiara musim ke-2setelah mendapat sambutan yang agak menggalakkan sepanjang tayangan musim pertama yang lepas. Projek ini adalah bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi National 2012 dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia (MOSTI). Planet Kiara 2 akan memulakan tayangannya pada 12 Jun 2013 setiap Selasa hingga Khamis bermula jam 6.30 hingga 7.00 di saluran TV3. Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian di dalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas Pusat Sains Negara, UTM ICC dan profesor yang terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episod bagi melancarkan perjalanan penggambaran drama ini. Planet Kiara merupakan ilham dari Pengarah Pusat Sains Negara iaitu Prof Madya Dr Irmawati Ramli dan Pengarah Kreatif Bleu Nagas Productions Amy Mazurah serta hasil garapan sepenuhnya dari Pengarah filem Bada Hj Azmi yang tidak asing lagi dalam industry pengarahan tanah air kita. Juga menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica, Hanif Safuan, Nur Jannah dan ramai lagi diharap Planet Kiara musim ke-2 ini akan menjadi salah satu rancangan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Dalam drama Planet Kiara, Robot PSN 1 telah digunakan sekali lagi untuk menyerikan perjalanan drama ini. Robot humanoid yang pertama di Malaysia ini adalah berbentuk seperti manusia yang dibawa terbang secara eksklusif dari Perancis khas untuk Planet Kiara. Robot ini menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan system pemprosesan chip atom dengan kelajuan 1.5Ghz. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang drama ini, jangan lupa menonton musim kedua Planet Kiara yang akan memulakan tanyangannya pada 12 June 2013 setiap selasa hingga khamis jam 6.30 petang di TV3. Read more →
(HIBURAN) TV9 DPS Schedule June 17-23, 2013.
ISNIN, 17 JUN 2013
8.30 mlm RATU
LULUHNYA SEBUAH IKRAR (ep. 12)
Azhar seperti menjauhkan diri daripada Yati. Yati cuba menerangkan tentang dirinya yang takut untuk jatuh cinta kepada Azhar. Azhar memberi pelbagai alas an untuk mengelak. Bila tiba masa yang sesuai untuk menjernihkan keadaan kepada Azhar, Shah datang secara tiba-tiba.
Pelakon: Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin, Ruzana Ibrahim dan Fandi Che Hisham. Read more →




