(HIBURAN) TV9 DPS Schedule June 17-23, 2013.

Spread the love

tv9small

ISNIN, 17 JUN 2013

 

8.30 mlm             RATU

 

                                LULUHNYA SEBUAH IKRAR (ep. 12)

 

Azhar seperti menjauhkan diri daripada Yati.  Yati cuba menerangkan tentang dirinya yang takut untuk jatuh cinta kepada Azhar.  Azhar memberi pelbagai alas an untuk mengelak.  Bila tiba masa yang sesuai untuk menjernihkan keadaan kepada Azhar, Shah datang secara tiba-tiba.

 

Pelakon: Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin, Ruzana Ibrahim dan Fandi Che Hisham.

 

 

 

9.30 mlm             CHAMSARANG

 

                                ARANG AND THE MAGISTRATE (EP.3)

 

Arang cuba untuk mencium Eun-Oh secara senyap tetapi Eun-Oh akhirnya terjaga dan kembali memejamkan matanya.  Akhirnya Eun-Oh tersedar yang rupanya dia bermimpi.

 

Pelakon:  Lee Jun-Ki, Shin Min-Ah, Yun Woo Jin, Kwon Oh-Joong and Han Jung-Soo.

 

 

 

SELASA, 18 JUN 2013

 

8.30 mlm             RATU

 

                                LULUHNYA SEBUAH IKRAR (EP.13)

 

Yati telah pergi bersama dengan Dina kerana terlalu kecewa apabila mengetahui kebenarannya.  Yati tidak sangka Azhar tidak jujur kepadanya selama ini dan cuba untuk mempermainkan dirinya. Azhar cuba menerangkan keadaan sebenar tetapi Yati telah menutup keras pintu hatinya.

 

Pelakon: Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin, Ruzana Ibrahim dan Fandi Che Hisham.

 

 

 

9.30 mlm             CHAMSARANG

 

ARANG AND THE MAGISTRATE

 

Eun-Oh tercari-cari dimanakah Arang. Dia merasa risau jika sesuatu terjadi kepada Arang.  Eun-Oh pergi ke Bang Wool untuk berjumpa bomoh dan bertanyakan mengenai Arang.  Bomoh itu mengatakan bahawa Arang telah pergi kedunianya bersama pemburu roh.  Eun-Oh ingin mengadakan satu majlis kematiaan bagi memperingati Arang.

 

 

 

RABU, 19 JUN 2013

 

8.30 mlm             SKRIN DI 9

 

                                SURAT DI BAWAH PINTU

 

Naufal suka menyelitkan surat di bawah pintu sebagai cara untuk menegur atau bertanya khabar kepada anaknya Neyla, sepertimana yang biasa Naufal lakukan kepada arwah isterinya dahulu. Sehinggalah tiada lagi surat-surat di bawah pintu apabila Neyla termakan hasutan kawan-kawannya yang menganggap cara ayahnya itu adalah kolot dan memalukan.

 

Pelakon:  Rashidi Ishak, Sharifah Aryana, Fatimah Abu Bakar, Addy Ashraf, Zizie Izette

 

 

 

KHAMIS, 20 JUN 2013

 

8.30 mlm             AURORA

 

                                FRIDAY I’M IN LOVE (R)

 

                                Kini segalanya terjawab apabila Awang sebenarnya telah disumpah oleh Nenek Nurbaya sewaktu dia masih lagi di dalam kandungan ibunya.  Mama dan papa Awang cuba untuk mencari Nenek Nurbaya untuk membebaskan Awang daripada sumpahan itu.

 

                                Pelakon: Qi Razali, Ne.llydia Senrose, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza, Bella Dally dan Zoey Rahman.

 

 

 

SABTU, 22 JUN 2013

 

7.30 ptg                9X

 

                                #GERILA PROJECT

 

Imej sangat penting bagi kumpulan Go Gerila!.  Masa yang paling disukai, iaitu untuk membeli belah pakaian baru yang bersesuaian dengan imej dan album yang bakal dilancarkan nanti.  Akhirnya, mereka telah berjaya untuk merakamkan kesemua lagu untuk dimuatkan kedalam album EP yang sangat dinanti-nantikan peminat Go Gerila!.

 

 

 

8.30 mlm             CINTA JANGAN PERGI

 

                                EPISOD 22

 

Soraya telah menyertai satu perkhemahan di hutan untuk melupakan Kalil. Malangnya, Soraya telah terpijak perangkap haiwan dan terjatuh ke dalam gaung. Penganjur kem tersebut telah menghubungi Lily untuk memaklumkan tentang kehilangan Soraya.

 

Pelakon:  Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan, Nadiya Nisaa, Bil Azali, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob.

 

 

 

10.30 mlm           MOVIE NIGHT

 

DRAG ME TO HELL

 

Christine Brown, yang bekerja sebagai pegawai bank bahagian pinjaman telah membuatkan seorang wanita tua diusir daripada rumahnya kerana tidak dapat membayar wang dalam tempoh yang ditetapkan.  Kemudiannya, Christine mendapati dirinya diganggu satu sumpahan misteri. Kerana terdesak, dia meminta pertolongan seorang tukang tilik untuk cuba menyelamatkan jiwanya sebelum kuasa jahat tersebut memusnahkan dirinya.

 

AHAD, 23 JUN 2013

 

 

 

7.30 mlm             9X

 

                                #GERILA PROJECT

 

Go Gerila sangat gembira dengan penerimaan orang ramai.  Mereka mendapati pengikut mereka semakin ramai di laman sosial sejak pelancaran itu.  Mereka meraikan kejayaan dan kerjasama yang telah menjayakan pelancaran EP mereka.

 

 

 

8.30 mlm             CINTA JANGAN PERGI

 

                                EPISOD 23

 

Khalil pergi ke rumah Soraya tetapi Soraya tidak dapat memaaf dan mempercayainya lagi.  Hati Khalil hancur luluh apabila Soraya memberitahu Khalil yang dia telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Hud kerana kini dia sedar yang dia sebenarnya mencintai Hud.

 

Pelakon:  Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan, Nadiya Nisaa, Bil Azali, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob.

 

 

 

11.00 mlm           SARANGHAE

 

                                ROUGH CUT

 

Gang-Pae, ditakuti di dalam kumpulan mafia kerana sikapnya yang ganas dan tidak gentar pada sesiapapun.  Tetapi, Gang-Pae masih mempunyai sisi lembut di mana dia suka menonton teater seorang diri.  Sementara itu, Su-Ta seorang pelakon terkenal juga mempunyai karektor yang sama seperti Gang-Pae, ganas dan telah menyebabkan salah seorang pelakon pembantu dalam filem yang melibatkannya tidak sedarkan diri.

 

Pelakon:  So Ji-Sub, Kang Ji-Hwan Ko Chang Seok dan Hong Soo-Hyun.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *