(HIBURAN) Planet Kiara musim ke-2

Spread the love

IMG_3507Sekali lagi Pusat Sains Negara (PSN)dengan terbitan bersama Bleu Nagas Productions menampilkan drama Planet Kiara musim ke-2setelah mendapat sambutan yang agak  menggalakkan sepanjang tayangan musim pertama yang lepas. Projek ini adalah bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi National 2012 dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia (MOSTI). Planet  Kiara 2 akan memulakan tayangannya pada 12 Jun 2013 setiap Selasa hingga Khamis  bermula jam 6.30 hingga 7.00 di saluran TV3. Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian di dalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas Pusat Sains Negara, UTM ICC dan profesor yang terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episod bagi melancarkan perjalanan penggambaran drama ini. Planet Kiara merupakan ilham dari Pengarah Pusat Sains Negara iaitu Prof Madya Dr Irmawati Ramli dan Pengarah Kreatif Bleu Nagas Productions Amy Mazurah serta hasil garapan sepenuhnya dari Pengarah filem Bada Hj Azmi yang tidak asing lagi dalam  industry pengarahan tanah air kita. Juga menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica, Hanif Safuan, Nur Jannah dan ramai lagi diharap Planet Kiara musim ke-2 ini akan menjadi salah satu rancangan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Dalam drama Planet Kiara, Robot PSN 1 telah digunakan sekali lagi untuk menyerikan perjalanan drama ini. Robot humanoid yang pertama di Malaysia ini adalah berbentuk seperti manusia yang dibawa terbang secara eksklusif dari Perancis khas untuk Planet Kiara. Robot ini menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan system pemprosesan chip atom dengan kelajuan 1.5Ghz. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang drama ini, jangan lupa menonton musim  kedua Planet Kiara yang akan memulakan tanyangannya pada 12 June 2013 setiap selasa hingga khamis jam 6.30 petang di TV3.

IMG_3512

Sinopsis Planet Kiara Musim Kedua

Dalam musim kedua Planet Kiara, PSN1 yang pada awalnya hilang ingatan akibat penukaran bateri baru telah kembali normal dengan dengan bantuan daripada Aril dan keluarganya. Aril kini lebih berhati–hati dalam menjaga keselamatan PSN1 agar tidak dapat diambil oleh Rossa dan Luisa. Rossa masih meneruskan misi untuk mendapatkan robot tersebut atas arahan Profesor El–Cid. Namun begitu, setiap apa yang dia lakukan akan sentiasa digagalkan oleh PSN1 dan Aril. Sementara itu, Luisa yang juga hilang ingatan selepas terhantuk kepalanya dengan Rossa kini mempunyai teori baru tentang PSN1. Walaupun dia masih lagi mengatakan yang PSN1 adalah makhluk asing tapi dia juga pasti yang Rossa adalah ejen FBI yang mahu mendapatkan PSN1 untuk dibawa ke Area 51. Luisa juga mencari jalan untuk memastikan yang dia akan dapatkan robot tersebut untuk dirinya. Prof El–Cid juga sudah semakin tidak sabar dan memberitahu Rossa untuk lakukan apa sahaja untuk mendapatkan PSN1. Dia mahu Rossa mengikut keluarga Aril ke mana sahaja mereka pergi agar dia tidak terlepas PSN1 lagi. Setiap episode akan memaparkan kisah pengembaraan sains yang berlainan dan lebih menarik. PSN1 akan membantu Aril dan keluarga dalam menangani setiap isu dan permasalahan mereka yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Adakah Rossa akan Berjaya mendapatkan PSN1? Apakah yang akan Aril lakukan demi menjaga keselamatan robot kesayangannya itu?

KIARA 1small

KIARA 2small


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *