Category: Hiburan

(HIBURAN) JUVANA kembali ke layar perak

IMG_3436

Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri. Juvana juga berjaya mendapat pengiktirafan apabila memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik di Anugerah Skrin 2011. Ekoran kejayaan dan sambutan yang sungguh luar biasa terhadap drama popular ini mendorong pihak penerbit iaitu Filmscape Sdn. Bhd dan Juita Viden Sdn. Bhd menerbitkan sebuah filem aksi dengan judul yang sama – Juvana. Read more →

(HIBURAN) Teori muzikal NERVEDELESS

nervedelessGMO

 

NERVEDELESS adalah sebuah kumpulan kugiran yang telah bertapak selama 10 tahun di dalam industri muzik D.I.Y di Malaysia. Mereka bermula pada Oktober 2002 di Kepong, Kuala Lumpur dengan nama “Dead Bloom” pada asalnya. Teori muzikal NERVEDELESS adalah berasaskan muzik grunge yang diadun dengan riff dan bunyi gitar yang berat diselingkan dengan melodi yang melankolik. Muzik bawaan ini juga lebih dikenali sebagai “Post Grunge”.  NERVEDELESS juga berpaksikan dengan pengaruh dari kumpulan kugiran grunge antarabangsa seperti Silverchair, Alice In Chains, Nirvana, Local H dan banyak lagi. Read more →

(HIBURAN) ASMIDAR Dekat Di Hati bersama Ibu-ibu Tunggal TV9

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pada tanggal 4 Januari yang lalu, Asmidar telah membuat persembahan di sebuah majlis anjuran TV9, Dekat Di Hati bersama Ibu-ibu Tunggal. Majlis ini bertempat di Hotel Granada, Nusajaya, Johor Bahru 🙂

Read more →

(HIBURAN) AJL 27 Raih Lebih 6 Juta Penonton!

IMG_2797small

 

Petaling Jaya, 8 Januari 2013 – Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil kelmarin, Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta (20 TVR) atau 65% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan AJL 27 telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah sebanyak 6 juta. Read more →

(HIBURAN) Band ‘Jabatan Audio’ ingin melebarkan sayap

280859_10151218272780439_89126732_o

Jabatan Audio ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan ogos 2009.Asalnya dianggotai oleh Apis,Syima,Adi,Fad,Azool dan Aman.Sekarang telah dianggotai oleh beberapa anggota baru iaitu Zairul,Fei dan Munir.Mereka mempunyai minat dan cita-cita yang sama..iaitu berkarya dan mempersembahkan lagu-lagu hasil nukilan sendiri. Read more →