(HIBURAN) JUVANA kembali ke layar perak

IMG_3436

Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri. Juvana juga berjaya mendapat pengiktirafan apabila memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik di Anugerah Skrin 2011. Ekoran kejayaan dan sambutan yang sungguh luar biasa terhadap drama popular ini mendorong pihak penerbit iaitu Filmscape Sdn. Bhd dan Juita Viden Sdn. Bhd menerbitkan sebuah filem aksi dengan judul yang sama – Juvana.

IMG_3434
Filem Juvana masih lagi mengekalkan pengarah yang sama iaitu Faisal Ishak dan beberapa pelakon asal versi drama seperti Zahiril Adzim, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul Mohamed. Pelakon baru yang membintangi filem aksi ini seperti Sharnaaz Ahmad, Syafie Naswip, Shera Aiyob, Adlin Aman Ramli dan Sara Ali. Kemunculan watak-watak baru yang mewarnai filem ini pastinya memberi impak tersendiri apabila bergandingan dengan watak-watak yang sedia ada seperti Daim, Botak dan rakan-rakannya – Apek, Panjang, Ayam, Kicap dan Komeng. Penonton Juvana akan melihat perkembangan karakter watak-watak pelajar Juvana tersebut yang lebih berkembang dari drama.

IMG_3451
Bagi versi filem, Faisal Ishak meluaskan lagi ruang kreativitinya dan mengaplikasi formula pengarahannya yang tersendiri bagi memastikan hasil karya filem pertamanya berkualiti dan memberi impak terbaik buat penonton terutama penonton-penonton setia drama siri Juvana. Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama siri Juvana yang memaparkan kisah Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana yang lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak ( Sharnaaz Ahmad) , ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

IMG_3459
Filem bergenre aksi ini diyakini bukan sahaja mampu menarik perhatian penonton setia drama siri Juvana tetapi juga pelbagai golongan terutama golongan remaja yang gemarkan filem penuh aksi dan dibarisi pelakon-pelakon popular yang berbakat tinggi. Bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Januari 2013 di 70 pawagam Malaysia dan Brunei menerusi format 35mm dan 2D ( pawagam terpilih), filem aksi Juvana diharap akan berjaya mendapat tempat di hati penonton dan menjadi antara filem terbaik 2013 yang mendapat sambutan hebat di Malaysia.

pagebotak apek small

Sinopsis Filem Juvana

Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

juvana 1small

TRIVIA  FILEM JUVANA

1)      Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3.  Berjaya mencipta rating yang tinggi terutama episod akhir

2)      Drama Juvana berjaya memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011

3)      Juvana merupakan filem pertama arahan Faisal Ishak .  Drama arahan Faisal Ishak banyak disiarkan di TV3 dan sering mendapat perhatian dan sambutan baik penonton

4)      Sharnaaz Ahmad ( Lan Todak),  Syafie Naswip ( Jamal),  Shera Aiyob (Sara) dan Adlin Aman Ramli (Tuan Ali) antara watak baru yang ditampilkan dalam filem Juvana

5)      Watak Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang masih lagi dilakonkan oleh pelakon yang sama dari drama Juvana

6)      OST Juvana  berjudul Babak Kedua (Bebaskan Aku) dinyanyikan oleh Drama Band.  MTV Juvana ini diarahkan juga oleh Faisal Ishak dan dibintangi juga oleh pelakon2 filem Juvana

7)      Tempoh penggambaran filem Juvana salama 17 hari di kawasan PLKN Rawang

8)      Untuk filem Juvana ini, Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Adam Shah, Idzham Ismail dan pelakon lain sanggup membotakkan rambut demi menjayakan watak masing-masing.

9)      Para pelakon menjalani rehearsal selama dua hari bagi kareografi aksi pergaduhan / perlawanan

10)   Keserasian para pelakon sejak dari drama Juvana melancarkan lagi penggambaran filem Juvana

11)   Gandingan suami isteri yang berlakon bersama iaitu Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

12)    Watak Lan Todak lakonan Sharnaaz Ahmad pastinya akan menjadi perhatian penonton kerana watak antagonis yang dibawa berjaya memberi impak dalam Juvana

13)   Filem Juvana ini juga melibatkan pelakon tambahan sehingga melebihi 50 orang bagi beberapa babak

14)   Filem Juvana akan ditayangkan di 70 pawagam di Malaysia dan Brunei

15)   Kos keseluruhan bagi penerbitan filem Juvana ialah RM 1.5 juta

juvana 2small

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *