Kuala Lumpur, 4 Jun 2025 – Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan bangganya mengumumkan penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) — acara anugerah muzik paling berprestij dan lama bertapak di negara ini yang telah mengangkat martabat seni muzik tempatan sejak 1993. AIM24 akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 13 September 2025, pukul 9 malam, dan akan disiarkan secara langsung oleh RTM, penyiar rasmi AIM24. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) AIM24 KEMBALI DENGAN KATEGORI BAHARU, GANJARAN LEBIH BESAR, DAN PENGIKTIRAFAN BERTERUSAN TERHADAP KEUNGGULAN MUZIK MALAYSIA
(HIBURAN) “KISAH PENUH KECEWA” – KOLABORASI EMOSI ERNIE ZAKRI & ANGGI MARITO MENGGAMIT NADA HATI DUA NEGARA
KUALA LUMPUR, 4 JUN 2025 – Dua Bintang Serumpun Bersatu di Singapura — Ernie Zakri & Anggi Marito Persembah Lagu Baharu Bersama. Bintang vokal dari Indonesia, Anggi Marito, telah membuat penampilan istimewa di Aura: Ernie Zakri Live in Concert yang telah berlangsung pada 31 Mei 2025 di The Theatre at Mediacorp, Singapura. Ini merupakan kali pertama Ernie Zakri dan Anggi Marito persembahkan lagu Kisah Penuh Kecewa secara langsung. Read more →
(HIBURAN) KAMAL HAASAN KEMBALI DENGAN NAFAS BAHARU DALAM FILEM EPIK “THUG LIFE” MULAI 5 JUN 2025
KUALA LUMPUR, 1 JUN 2025 — Sebuah naskhah sinematik berskala besar bakal menemui peminat filem di seluruh Malaysia apabila Thug Life ditayangkan di pawagam bermula 5 Jun ini. Dibintangi dan diterbitkan oleh legenda perfileman India, Kamal Haasan, filem ini menandakan satu penyatuan semula yang amat dinantikan antara beliau dan pengarah tersohor Mani Ratnam, yang kali terakhir bergandingan 38 tahun lalu menerusi filem ikonik Nayakan. Kali ini, mereka kembali bersama seorang lagi nama besar dunia sinema — A.R. Rahman, komposer pemenang dua Anugerah Oscar yang turut menyumbangkan sentuhan magis menerusi muzik asal filem ini. Read more →
(HIBURAN) Tipe-X Raikan Tiga Dekad Karier dengan Konsert “SKALUT PARTY” Eksklusif di Malaysia
Kumpulan ska punk tersohor dari Indonesia, Tipe-X, bakal menggegarkan Jiospace, Petaling Jaya pada 2 Ogos 2025 menerusi konsert eksklusif bertajuk “SKALUT PARTY”, sebuah persembahan yang menjanjikan malam penuh bertenaga, sarat dengan elemen ska, punk dan nostalgia era kegemilangan muzik alternatif rantau ini. Read more →
(HIBURAN) MR.DIY Raikan Ulang Tahun ke-20 dengan Konsert Gempak Bertaburan Bintang di Stadium Merdeka
MR.DIY kini berusia 20 tahun — dan mereka meraikannya dengan konsert langsung paling hebat di bandar! Sempena ulang tahun ke-20, MR.DIY akan menganjurkan sebuah konsert mega pada hari Jumaat, 11 Julai 2025, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ia bakal menjadi malam yang penuh muzik, sambutan dan kenangan yang tidak akan dilupakan. Read more →
